Pengumuman
Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.
Monday, August 19, 2013
Kuih Bakar Menjadi
Buat pertama kalinya pada raya tahun ini 2013... tiada sebarang adjustment diperlukan oleh emakku ketika membuat kuih bakar. Jika sebelum ini pasti ada sahaja yang perlu ditambah diadjust seperti tambah tepung untuk memastikan kuih yang dibakar menjadi. Kepelikan ini membuatkan aku tersedik akan satu cerita di surat khabar berkenaan seorang siak yang lebih banyak menghabiskan masa buka puasa bersama keluarga pada tahun ini sedangkan tahun lepas tidak pula begitu.
Dalam pada tak larat nak duduk lama... dapat juga emakku membuat 3 jenis kuih iaitu kuih bakar, kuih putu kacang dan kuih sepit. Kesemua kuih itu dibuat dengan kadar sedikit sahaja tidak sampai sekilo tepung seperti zaman kuatnya. Bagi tahun² kebelakangan ini cuma putu kacang jelah yang dibuatnya demi cucunya yang suka sangat² kuih putu kacangnya.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
comment form message