Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, August 19, 2013

Beraya Tahun Bujang

Sudah menjadi kebiasaan raya disambut berselang seli sesama bujang atau semua sekali. Raya tahun ini adalah raya orang bujang sahaja iaitu emakku abang²ku kakakku dan aku sendiri. Masing² bujang dan tidak berpasangan maka beraya jelah di kampung sendiri. Bagi yang sudah berkeluarga ini adalah tahun mereka beraya bersama mertua. Raya tahun lepas dan insyaAllah raya tahun depan meriah. Anak² buah pembuat huru hara dengan jeritan² larian² dan tangisan² memecahkan suasana.

Rutin selepas solat Aidilfitri adalah ke kubur menziarah kubur abah. Kemudian menyinggah ke rumah saudara berdekatan seterusnya pulang ke rumah melepak dan menikmati juadah raya berupa nasi impit kuah kacang, lemang rendang ayam juga kuih² homemade dan kuih² tunjuk.

Sesi bersalaman bermaafan juga tidak semeriah tahun semua ada di mana adanya gurau senda dan sakat menyakat sesama keluarga disamping pemberian duit raya bagi yang ingin berkongsi kegembiraan. Boleh dikatakan inilah tahun untuk aku berjalan ke rumah kawan² tapi memikirkan jammed dan jauh... hasrat itu kebiasaannya tidak bertukar kepada tindakan. Duduk kat rumah sahaja.

Terfikir di fikiran ini buat pertama kalinya... Adakah aku akan berpindah pasukan iaitu meniggalkan pasukan bujang dan memasuki pasukan bermertua setelah berpasangan nanti? Kesian pula aku kat emak yang kesunyian tiada cucu dan menantu di pagi raya. Aku sendiri pun terasa akan kesunyian inikan pula emakku yang sudah lewat senja.

Tengoklah nanti apa pilihanku...



1 comment:

  1. bunyi seperti tidak lama lgi....*eh giliran abang2 akak kau sama ngan akak abang aku...aku suka bila giliran dorang camni..sbb riuh raya kedua dan seterusnya..;-)

    ReplyDelete

comment form message