Terkenang kembali kisah dulu... ketika pemergian abahku yang disayangi... betapa terujinya jiwa ini...
Cerita daripada emakku... "Ketika abah sakit terlantar di hospital ipoh... dia ada mengangkat dua jarinya. Emak memikirkan apa maksud disebalik dua jari yang diangkatnya itu. Difikir² dipandang² keliling barulah emak perasan apa yang dimaksudkannya. Rupa²nya abah memberi petunjuk/isyarat bahawa dia ingin melihat dua lagi anaknya iaitu abangku Daa dan anak bongsunya diriku sendiri. Tidak berapa lama kemudian Paksuku tiba bersama abangku yang merupakan anak angkatnya tanpa kelibat aku kelihatan. Paksuku mungkin tidak sempat mengambil aku yang tinggal di Kg Baru sedangkan dia tinggal di dalam Universiti Malaya. Ini bermaksud cuma aku seorang anak yang tidak sempat ditatapinya sedangkan adik beradikku... adik beradik abahku juga ibu bapanya sempat menziarahnya buat kali terakhir. Bertemu dengan abah kurang sebulan sebelum pemergiannya dijadikan ubat memujuk hati.
Oleh kerana aku seorang sahaja anaknya yang tidak sempat menghulur tangan mohon ampun maaf... aku nekad untuk menemaninya sepanjang malam dengan bacaan yasiin. Walaupun disuruh berehat dan tidur namun aku tetap dengan pendirianku sedekahkan pahala bacaan yasiinku kepadanya. Sayu saja bacaanku berulang² kali walaupun sesekali terlelap seketika. Menyedihkan lagi ketika aku sedang membaca yasiin... aku terdengar pertanyaan dari seorang makcik kepada emakku... "Siapa yang baca yasiin tu?" maka jawap emakku lebih kurang, "itulah anak bongsu baru sampai petang tadi... tak sempat jumpa arwahnya masa sakit". Aku seorang? anak bongsu? sangat meruntum jiwa mendengarnya.
Di tanah perkuburan pula ketika menjirus air ke pusara abah... Soalan yang hampir sama kedengaran... "Anak yang mana tu?" Sekali lagi dijawap lebih kurang... "Anak yang bongsu... tak sempat jumpa arwahnya masa sakit". Bagai nak bercurahan air mata ini menitis ke bumi sedangkan kelopak mata sudah pun bergelinangan air mata. Memandangkan aku ini anak lelaki maka ku gagahkan jua menahan sebak dan air mata. Jika emakku menyambung lagi ceritanya... sudah pasti air mataku menitik berderai tanpa dapat ditahan² lagi.
Kini aku sudah tiada abah lagi... abahku pergi tidak kembali.
Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment
comment form message