Tunailah sudah zakat fitrah untuk diri sendiri selepas solat jumaat tadi di Masjid Al Bukhari, Jln Hang Tuah. Kadar 1 fitrah adalah 1 gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras bernilai RM7.00. Kadar ini adalah bagi pembayaran zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kawasan lain tidaklah hamba tahu berapa nilainya. Harga beras bukan sama di setiap negeri menjadi sebab kenapa harga zakat berbeza².
Bagi tahun ini, aku masih membayar zakat fitrah untuk diriku sendiri sahaja. Tidak seperti abang²ku yang sudah berkahwin wajib bagi mereka membayar zakat fitrah untuk isteri dan anak² mereka juga. Kakak aku yang sudah berkahwin pula tidak perlu berbuat demikian. Ini kerana zakat fitrah wajib di bayar oleh ketua keluarga untuk dirinya dan juga tanggungannya. Bagi abang sulongku pula dia juga bayar zakat fitrah untuk emakku.
Pembayaran zakat fitrah dilakukan pada bulan ramadhan sehinggalah sebelum sembahyang sunat aidilfitri. Hukummnya menjadi makruh jika menunaikannya selepas sembahyang sunat aidilfitri pada 1 Syawal. Masa ada sebulan untuk membayar zakat... tempoh masa yang sangat cukup untuk mebayar zakat melainkan leka dan bersikap nanti², esok²lah atau awal lagi...
Zakat Fitrah menjadi bukti ketaatan manusia beriman kepada Allah SWT juga menjamin kegembiraan kepada penerimanya. Andai jumlah RM7 itu masih dipertikaikan, maka bagaimana pula seseorang itu mampu berkongsi sesuatu yang lebih besar dalam hidupnya dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment
comment form message