Sudah pasti ramai yang tidak gemar mengopek manggis kerana air kulitnya yang merah pekat. Kalau terkena pada pakaian habislah jawapnya. Masa kecik dahulu sudah pasti cara mengopeknya dimulakan dengan menekan sekuat hati menggunakan kedua² belah tangan malah disokong pula dengan mengepitnya menggunakan lutut.
Untuk mengopeknya dengan cara yang mudah dan tidak perlu memerahkan telapak tangan... lihatlah demo di bawah ini. Terima kasih kepada semua pemudah cara yang terlibat.
Pegang manggis dengan tampuknya di sebelah bawah |
Tekan sedikit bunganya menggunakan ibu jari |
Mulakan mengupas dengan menekan dan mengopeknya |
Tarikkan kulit manggis ke arah yang berlawanan |
Teruskan proses mengupas kulit manggis |
Kupaskan kesemua kulitnya |
Isi manggis sedia untuk dimakan. |
Isinya manis sangat sedap dimakan. Sekarang tidak perlu risau akan air kulitnya yang merah. Hurmm... Perasankah anda apabila datangnya musim manggis datangnya juga musim durian?
No comments:
Post a Comment
comment form message