Pengumuman
Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.
Friday, June 7, 2013
Terhalang WNH Pulak
Kalau dah kawan dan kenal akan perangai memasing... inilah jadinya.
Kejadian berlaku di kenduri kawin Huda iaitu jiran lamaku di Mentari Suite, Berjaya Hills. Aku yang tiba agak lewat tiada tempat untuk parking. Pandang keliling hanya cam 1 kereta sahaja iaitu kereta kaler biru ni... Hyundai Getz WNH 8287. Jadi aku pun terus parking dibelakang keretanya serapatnya bagi membolehkan kereta lain lalu dibelakangku. Itu cuma alasan semata. Niat sebenar sudah pasti bergurau dan menghalang dia daripada balik awal. :) Dah kereta dia je yang aku cam sangat².
Sampai saja di khemah, aku jumpa dia dan katanya lebih kurang, "aku nak balik dah." Terus aku menyampuk, "Aku dah block kereta ko" sambil menunjukkan gambar di enponku. "Ish ko ni!!!", marah dia kat aku yang mana sudah dijangka. Maka terpaksalah dia menunggu melepak dan berbual dengan kawan² lain termasuk aku sementara menunggu aku habis makan. Dapatlah jumpa dia yang sedang berbadan dua dan rakan² lain. Orang tengah berbadan dua ni xleh marah² kena bersabar jadi terpaksalah dia bersabar je ngan perangai aku. Naik marah pun tak boleh ye tak? Bila dia geram aku cakap kat dia, "Ko xleh marah... nanti muka anak ko macam muka aku."
Bam, bila jalan tangan di pinggang ... kita jumpa lagi ye!
Labels:
Mengusik menyakat
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
comment form message