Pengumuman
Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.
Friday, June 7, 2013
KM387.8 Arah Selatan - PLUS [Feedback From PLUS]
Tahniah diucapkan kepada wakil PLUSRonda yang memberi penjelasan lanjut melalui panggilan telefon tempoh hari. Penjelasan diberikan dengan jujur dan berhemah, jelas tiada sebarang tanda² memenangkan diri. Panggilan telefon disusuli pula dengan e-mail.
Berikut sisipan Aduan dan Jawapan.
S: Berapakah masa response time plus ronda?
J: PLUSRonda dikehendaki hadir ke lokasi yang dilaporkan dalam tempoh 15 minit dari masa maklumat kejadian diterima daripada Pusat Kawalan Trafik.
Nota: Namun anggota PLUSRonda ketika itu sedang menghadiri satu kejadian kemalangan yang berlaku di KM 375.3 dan satu kejadian kerosakan kenderaan di KM 385.9 arah selatan.
S: Adakah saya akan mendapat ganti rugi akan kerosakan tayar ini?
J: Pengadu boleh membuat aduan secara rasmi dengan mengisi Borang Daftar Aduan Pelanggan (P18.00) di mana-mana plaza tol PLUS yang berdekatan bagi tujuan penyiasatan dan akan diberi Surat Aduan/Tuntutan Kerosakan Kenderaan yang menyenaraikan dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada pihak PLUS dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja daripada tarikh surat tersebut.
Nota: Sebarang keputusan terhadap aduan/tuntutan tuan akan dimaklumkan melalui surat dan ia bergantung kepada hasil siasatan.
Tak tahu bertanya, dah tahu... kongsi²kan.
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam bagi pihak plaza tol PLUS, saya sudah pergi ke plaza tol PLUS tetapi tidak dapat masuk disebabkan tiada pintu untuk orang awam masuk, kalau adapun tertulis hanya untuk kakitangan PLUS sahaja, hasilnya saya tidak dapat mengambil borang daftar aduan pelanggan yang diperlukan dalam masa terdekat sedangkan dimaklumkan borang tersebut boleh diperolehi dimana2 plaza tol PLUS. Cadangan kenapa pihak Lebuhraya PLUS tidak menyediakan borang-borang untuk pengguna jalanraya yang terlibat mencapainya secara on-line sahaja.
ReplyDelete