Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Tuesday, June 4, 2013

Anak Buah Bongsuku Ketika Ini




Bercakap mengenai anak buah... aku sudah pun ada 11 anak buah daripada 3 adik beradik yang sudah mendirikan rumah tangga. Anak buah bongsuku ketika ini bernama cik Auni. Orangnya putih, mata cepet, tembam dan debab... memang geramlah.

Sengaja nak pergi melawat ntahkan bila. Jadi aku cipta 1 kaedah sambil menyelam minum air. Memang sengaja aku suruh kakak iparku settlekan insurance+road tax kereta aku dan mengambilnya di rumah beliau. Jadi, bolehlah dah alang² datang ambik tu beramah mesra dengan anak²nya yang sedia peramah tu. Sesambil beramah tu dijamu pula dengan bihun goreng... terisi perut ni.

Bercakap mengenai si Auni ni... rupanya macam gambar kat bawah ni, kenalah dukung dia, dipanjat oleh dia. Layankan jelah lagipun sekali sekala. Lagi pun memang dah itu niatnya. Nak melayan anak buah. Paling kelakar bila dia menyanyi hanya dengan lirik yang sama iaitu 'ayah' sambil pegang microphone mainan. Rupanya dia akan menyanyi ikut tempo suka hati dengan apa² perkataan sekalipun.

 



No comments:

Post a Comment

comment form message