Malam tadi aku outing berlima di Midvalley Megamall. Bermula dengan dinner di Little Penang Kafe berakhir di GSC. Cerita aku kali ni khas buat salah seorang daripada mereka.
Semenjak aku kenali dia di Gunung Kinabalu 7 tahun lepas... tidak pernah mata aku melihat dia memakai kasut tumit tinggi melainkan leper, selipar dan kasut hiking shj.
Tapi malam tadi dengan penampilannya yang sangat berbeza membuatkan aku pecah perut. Sepanjang berjalan di belakangnya membuatkan mataku lebih terarah memandang ke kakinya yang memakai kasut tumit tinggi itu. Cuma sesekali sahaja memandang ke arah lain.
Di hati terasa sangat kelakar dengan gelagatnya yang berbeza sampaikan aku rasa dia bukan dia yang aku kenal.
Penampilannya yang ala² vogue berhigh hill, dress pink ladies sangat dengan jalan ala² peragawati memang menggelikan hatiku. Gelak dan terus gelak... dah la perut penuh lepas dinner kat Little Penang Kafe... dia pulak buat hal dengan perangai gedik gyominya. Memang sakitlah perut dibuatnya.
Serius bukan main² memang aku happy sangat dan dah lama tak rasa lucu selucu malam tadi. Bukan gelak dibuat² tetapi gelak yang terhasil dari rasa lucu yang teramat sangat. Aku mengenali dirinya sebagai seorang wanita outdoor yang suka mengenakan jeans dan t-shirt tapi sekali dia berpakaian ladies sangat membuatkan aku rasa sangat lucu. Kalau orang lain tidaklah aku hairan... tapi ini dia.
Tiada apa yang salah pada penampilannya cuma aku yang terasa amat lucu.
Syabas... bila lagi nak bergaya kan...
Syabas... bila lagi nak bergaya kan...
No comments:
Post a Comment
comment form message