24 – 27 Disember 2009
Anjuran Hospital Kampar
24/12/2009 – Khamis:
Shopingan terakhir iaitu barangan basah dilakukan bagi memenuhi keperluan xpdc. Mydin USJ menjadi pilihan kerana dekat dengan tempat kerja. Sampai di rumah pula terus memulakan kerja² packing barang keperluan dan pakaian. Senarai semak tidak diperlukan apabila kesemua barang² keperluan ditempatkan di satu tempat khas. Dalam pukul 9++ mlm aku bertiga (Zaha dan adiknya Fahmi) menaiki KTM Komuter di Komuter Salak Selatan menuju ke Komuter Keramat. Dalam tren ada seorang perempuan cina menegur beg kami yang besar dengan soalan² seperti ‘tak berat ke?’, ‘nak ke mana?’, ‘kenapa bawa beg besar² ni?. Nak tak nak aku jawap jugalah soalan dia dengan logik akal. Kemudian barulah dia bertanya.. “boleh belanja saya makan? Lapar laa”. Aku pula menjawap.. “kalau berhenti kat stesen yang sama apa salahnya.” Perempuan cina ni tak siuman rupanya.. pandai lak tu pusing sana pusing sini baru minta belanja makan. Tiba di Stesen Komuter Keramat kami menunggu kawan Zaha untuk berkereta ke Kampar Perak. Di Kampar, seperti biasa kami akan makan di Kedai Tajul dahulu kemudian barulah ke Pusat Aktiviti untuk bermalam.
Anjuran Hospital Kampar
24/12/2009 – Khamis:
Shopingan terakhir iaitu barangan basah dilakukan bagi memenuhi keperluan xpdc. Mydin USJ menjadi pilihan kerana dekat dengan tempat kerja. Sampai di rumah pula terus memulakan kerja² packing barang keperluan dan pakaian. Senarai semak tidak diperlukan apabila kesemua barang² keperluan ditempatkan di satu tempat khas. Dalam pukul 9++ mlm aku bertiga (Zaha dan adiknya Fahmi) menaiki KTM Komuter di Komuter Salak Selatan menuju ke Komuter Keramat. Dalam tren ada seorang perempuan cina menegur beg kami yang besar dengan soalan² seperti ‘tak berat ke?’, ‘nak ke mana?’, ‘kenapa bawa beg besar² ni?. Nak tak nak aku jawap jugalah soalan dia dengan logik akal. Kemudian barulah dia bertanya.. “boleh belanja saya makan? Lapar laa”. Aku pula menjawap.. “kalau berhenti kat stesen yang sama apa salahnya.” Perempuan cina ni tak siuman rupanya.. pandai lak tu pusing sana pusing sini baru minta belanja makan. Tiba di Stesen Komuter Keramat kami menunggu kawan Zaha untuk berkereta ke Kampar Perak. Di Kampar, seperti biasa kami akan makan di Kedai Tajul dahulu kemudian barulah ke Pusat Aktiviti untuk bermalam.
25/12/2009 – Jumaat:
Bangun awal, selepas siap segalanya kami bertiga bersama group Cikgu Sek Alam Shah menunggu lori untuk di bawa ke ladang kelapa sawit di Gopeng. Sementara menunggu kami pergi breakfast dahulu di gerai makan Liza. Dalam masa yang sama ada lagi 2 group (Putrajaya & Hosp Kampar) mungkin sedang breakfast di Pekan Gopeng. Setelah breakfast dan tapau 6 nasi lemak barulah lori sampai dan kami semua teruskan perjalanan ke ladang kelapa sawit. Kalau dulu dari Pekan Gopeng aku berjalan kaki selama 2 jam lebih ke ladang tapi kali ini dengan menaiki lori tidaklah menyeksakan.
Xpdc hari pertama dimulakan dengan bacaan doa kemudian stretching. Laluan mudah melalui bekas tapak palong air yang ditanggalkan, rehat sebentar di jambatan besi yang baru dibina menuju ke dam/empangan untuk lunch di sini. Group lain memasak manakala group aku cuma makan nasi lemak yang ditapau pagi tadi dan air teh o limau. Memang sedap minum teh o limau waktu panas terik. Sambung balik perjalanan melalui perkampungan orang asli sebelum tiba di sebatang sungai untuk berehat dan menunggu orang terakhir. Di sini cuma berehat sahaja dan ada yang ambil kesempatan untuk mandi manda. Sambung lagi perjalanan melalui denai hutan yang mana bunyi air sungai sentiasa kedengaran di sebelah kanan. Sebelum pukul 5 petang kami tiba di Ulu Sg Kampar dan menyeberang sungai berarus deras paras lutut-paha. Aku dengan kawan² dari group EAT bersama guide² yang telah berjaya menyeberang membantu pula pendaki² lain menyeberang sungai dengan menghulurkan tangan dan tongkat. Ketika ini kaki memang dah sejuk tapi tolong tetap kena tolong. Ada juga pendaki yang hampir tergelincir kerana pijak batu² yg licin disamping air yang deras. Di sini barulah ‘new comer’ tahu betapa pentingnya masukkan segala pakaian dan sleeping beg dalam plastic terlebih dahulu. Nasib baiklah kali ni tiada sleeping beg yang terendam. Kalau tidak siaplah malam nanti kesejukan. Sambung balik perjalanan dalam kurang 2 jam, trek semakin sukar dan yang tersukar ialah melawan arus sungai yang deras setinggi paras paha dengan sesekali terpaksa memanjat pokok balak tumbang dan batu² besar. Ada dua pilihan selepas menyusuri sungai dengan memilih samada teruskan melawan arus deras terus ke camp site atau mendaki bukit yang mencanak darjah kecerunannya lalu turun ke camp site. Aku memlilih untuk memilih melawan arus kerana.. ‘air cetek ikut sungai, air dalam ikut bukit’. Pendaki² di belakang mengekori pilihan aku dan apa yang mereka dapat adalah cabaran hebat. Sebelah kanan sungai adalah tebing batu yang setinggi 3 meter. Aku masih ingat pada pertama kali aku datang ke sini, tebing inilah yang aku panjat di kala senja bagi mengelak menjejakkan kaki ke dasar sungai. Setelah bersusah payah mengharung air yang deras barulah sampai di campsite. Campsite ni luas boleh memuatkan seramai 60 orang pada satu² masa. Sungai untuk ambil air dan mandi amatlah dekat. Sampai je kat sini hujan turun dengan lebatnya memaksa aku dengan Jafaar memasang flysheet dan membentang groundsheet berdua sahaja. Bantuan daripada Lai dan rakan lain yang tiba kemudiannya mempercepatkan lagi kerja² memasang tempat berteduh. Tali rafia merah dicilok oleh team lain semasa kami semua sedang memasang flysheet. Apa baik punya cilok sampai cilok terus daaa. Malam mandi² dan sebagainya barulah masak makan nasi berlaukkan ayam masak merah, sayur campur dan sambal² homemade. Lepak sembang² minum², makan² kacang, biskut, sampailah tido lebih kurang pukul 11.00 mlm.
26/12/2009 – Sabtu:
Selepas bangun tido dan segala² yang sepatutnya dilakukan… stretching dan mulakan perjalanan pada hari ke-2. Permulaan yang menyentap kekuatan kaki, lutut, mental dan fizikal bermula seawal langkah apabila edisi mendaki melebihi 30darjah terpaksa diharungi tanpa belas ehsan. Mendaki dan terus mendaki sehinggalah mencapai satu tahap ketinggian yang mana edisi turun naik pada tahap kecuraman biasa² aje. Disinilah aku membancuh 4 pek minuman Jreng untuk dikongsi bertiga. Badan pun sudah bertenaga jadi kami bertiga menyambung perjalanan dengan agak laju. Trek mendatar sahaja sesekali mendaki menurun mendaki menurun sehinggalah ke suatu tempat yang aku suka iaitu menurun dan terus menurun. Dengan bebanan yang digalas mempercepatkan lagi kaki ini melangkah mengikut sahaja graviti menurun dan terus menurun ke arah sungai. Di sungai inilah kami berehat sebentar menunggu semua peserta tiba. Ada antara kami sempat mandi manda dulu termasuklah aku. Sempatlah juga buat samasoft 2-3 kali.. makan² biskut. Dah semua ada barulah kami sambung balik perjalanan. Trek kali ini mendaki dan menurun menuju ke sungai seterusnya untuk makan tengahari. Trek yang bersahaja membuatkan kami sampai dalam tempoh lebih kurang sejam sahaja. Di sungai ini kami makan tengahari berlaukkan ikan cermin garing masak pedas (homemade), sardin, sayur, roti dan minum air teh o limau suam seperti biasa. Walaupun simple tapi dengan keadaan macam ni semuanya sedap. Siap makan, sambung balik perjalanan. Perjalanan mendaki dan menurun seperti biasa sehinggalah tiba di sebatang sungai yang agak deras airnya. Ketika tiba Rosli sudah sedia membantu dengan seutas tali telahpun direntang supaya kami semua mudah untuk menyeberang. Beberapa langkah sahaja drp tali yang direntang itu ada laluan yang lebih mudah yang mana tidak terlalu dalam dan licin batu²nya. Dari sini teruskan lagi berjalan terus ke sebatang lagi sungai yang lebih kecil. Hutan di sini dipenuhi oleh rimbunan pokok² buloh dan pokok² tepus. Tidaklah diketahu siapa yang dihadapan sekali sampailah disatu ketika semuanya terhenti dan melepak kat tepi trek. Rupa²nya dipenghujung trek adalah trek yang kurang logic untuk diteruskan. Guide Lai mencari trek diikut oleh seorang diikut oleh seorang pendaki. Pendaki² lain pula berehat sementara para guide dan pembantu mencari trek sebenar tapi malang trek asal tidak boleh dilalui lagi. Rimbunan pokok buloh yang tumbang dengan tanah runtuhnya menyebabkan kami mengambil keputusan untuk berpatah balik dan berehat di tepi sungai tadi. Sambil menanti Lai yang mungkin akan berpatah balik atau tidak setelah berjaya mencari trek membuatkan kami mengambil keputusan untuk membuka tapak perkhemahan baru di sini. Lagipun hari dah semakin gelap. Arahan berkhemah diberikan, semak samun dibersihkan dan semua ciri² penting seperti tidak takung air dan tiada pokok mati berdekatan diambil kira. Buloh kering dijadikan unggun api bagi mengurangkan nyamuk dan agas selain memanaskan badan. Kami semua bermalam di sini kecuali Lai dan seorang pendaki lain yang mengikutnya. Aku berendam di sini agak lama kerana akulah orang pertama masuk sungai dan akulah orang terakhir yang keluar sungai. Puas dan best. Seperti malam² kebiasaannya, kami makan, sembang dan tidur.
27/12/2009 – Ahad:
Hari terakhir dimulakan dengan stretching yang diketuai oleh aku. Nak sangat aku lead… nah rasakan. Ahaha. Perjalanan diteruskan dengan Jaafar ngan mamak didepan sekali bertujuan mencari kesan² yang ditinggalkan oleh Lai. Setiap kali kesan ditemui.. setiap kali itulah juga keyakinan bertambah. Aku ngan Zaha pula sebagai orang tengah yang berfungsi sebagai peyakin kepada orang belakang bahawa laluan yang dipilih adalah betul dan memastikan pendaki lain tidak tersalah arah. Trek kali ini lebih bayak kepada meredah sungai, dari sebelah kanan ke kiri dan kiri ke kanan sehinggalah satu masa masuk semula ke hutan dan terus melalui denai² yang sahih treknya. Kesan unngun api menandakan Lain bermalam disini ditemui. Jauh juga tempat ni dengan camp site kami bermalam. Perjalanan melalui pokok2 tepus dan dan belukar diteruskan sehinggalah ke satu kawasan lapang yang membolehkan kami semua berehat tidak jauh dari sungai. Di sungai inilah sebelah stoking aku dihanyutkan air dan akibatnya aku terpaksa trekking tanpa pakai stoking kedua² belah kaki. Oleh kerana tidak mahu menanggung risiko kaki akan melecet dan sebagainya, aku berjalan dengan berhati² biar lambat asal selamat. Diingatkan bermula dari sini tiada lagi trek santai kecuali mendaki canak yang amat sangat. Nak dapat bonus pun payah. Banyak kali juga take 5 sampailah kat 1 tempat kami rehat lama untuk makan biskut, coklat dan air untuk menambahkan tenaga. Zaha dengan Fahmi gerak dahulu manakala aku perlahan sahaja dengan 3 dara pingitan dan Junai. Berjalan sambil bersembang dan sesekali berhenti mengikut kemampuan sendiri. Ayat² penyesalan mula terpacul dari mulut sorang² pendaki termasuklah aku. Biasa sangat ayat² penyesalan dikeluarkan semasa mendaki. Ia salah satu kaedah rawatan kepenatan sebenarnya. Bila dah penat macam ni barulah soalan² salam perkenalan bermula. Bukannya apa… selagi berjawap selagi itulah seseorang pendaki itu dikategorikan masih ok. Jalan sikit punya jauh barulah kami tiba di Last Water Point. Sampai² terus makan biskut dan minum air teh o yang telah siap dimasak oleh Jaafar Mamak Zaha dan Fahmi. 3 dara pingitan tu ambil bekalan air manakala aku buat air sedap Jus Orange jenama Tube. 5 paket liquid dimasukkan dalam 1 liter air lalu digoncangkan. Pergh!!! Sedapnya.. rasa macam nak minum sampai habis je. Aku tak minum sorang² tapi kongsi kenikmatan bersama. Balance air ni disimpan dan akan diminum setelah tiba di penempatan orang asli nanti sebagai air kemenangan. Paddle air aku juga diisi lebih kurang 1 liter. Cukup untuk ke penghujung xpdc. Pendakian diteruskan melalui permatang sehinggalah tiba Puncak Gunung Ruil. Puncaknya kecik sahaja malah kepada yang tidak mengetahui tidak menyangka inilah puncaknya kerana tiada berut. Hanya lalu di puncak gunung ini sehinggalah tiba satu tempat yang dinamakan Cameron View. Pokok² disini sudah tinggi menghalang pemandangan indah yang dinikmati sedekad lepas. Edisi menurun bermula dan dalam tempoh 2 jam kami akan sampai di perkampungan orang asli sg pauh. Agak laju sedikit menuruni gunung dan disuatu tempat adanya batu² sempadan yang ditanam oleh badan berwajib menandakan sempadan antara Perak-Pahang. Teringat masa XPDC Trans Titiwangsa dulu semasa tiba di puncak Gunung 3 Negeri ada batu sempadan Perak-Pahang-Kelantan. Bangga betul dapat berdiri di 3 buah negeri sekaligus. Berjalan dan teruskan berjalan sehingga satu masa aku katakan kepada Ibah yang kejap lagi ko akan jumpa padang bola. Muka derang macam tak percaya je yang aku katakan akan jumpa padang bola. Bila tiba je kat padang bola tu Ibah tanya, “Nak ikut mana nih?” maka aku jawap, “tu… terus je”. Sikit je jalan lagi maka smpailah kami ke satu kawasan yang boleh dinamakan puncak juga hanya beberapa meter daripada rumah orang asli yang paling hampir. Disini kami berehat sebentar sambil meraikan kemenangan dengan jus oren Tube tadi. Apa yang menarik di sini ialah Si Bingit tak dapat minum sebab kami sempat habiskannya. Ahahaha. Dah puas berehat dan badan mula terasa sejuk barulah kami kumpulkan makanan yang berlebihan seperti beras, kopi, teh, gula dan sebagainya untuk diberikan kepada rumah orang asli terhampir. ‘Bersamamu’… inilah yang kami namakan. Perjalanan turun ke dewan orang ramai di bawah sana agak licin dan kami menyapa orang asli yang ada sebagai tanda hormat melalui kawasan derang dan mereka juga membalas, “hati², jalan licin”, “dari mana”. Sampai di bawah, kami melegakan kaki dengan menaggalkan kasut yang kotor bukan main lagi. Masukkan dalam plastic terus simpan dalam beg. Pada mulanya bercadang untuk menunggu kumpulan terakhir tapi disebabkan mereka begitu jauh maka lebih baiklah kami pulang dan mandi terlebih dahulu. Lori yang sama bawa bawa kami ke Ringlet dan semasa dalam aku katakan yang sedekad lepas aku jalan kaki je. Dalam bas Junai bersuara, “Alhamdulillah, nasib baik jatuh kat dalam” lalu aku menyambung, “Innalillah le kalau jatuh kat luar”. Sampai di Ringlet memang sudah dijangka rumah hitam itulah yg akan dijadikan tempat bermalam. Mandi bersiap siap kemudian turun ke bawah untuk makan malam. Malam ni special sebab Pihak Penganjur buat BBQ. Makan minum semua disediakan cuma datang dan makan je. Masing² dah kenyang barulah pulang ke rumah tadi untuk aktiviti seterusnya iaitu ‘Imbas Kembali’. ‘Imbas Kembali’ dimulakan dengan pihak wanita untuk menceritakan pengalaman mereka sepanjang xpdc ini dan juga apa² yang berkaitan. Macam² pengalaman yang dapat didengar dan kebanyakannya daripada ‘new comer’. ‘Imbas Kembali’ diakhiri dengan Jaafar selaku Ketua Jurupandu yang memberi nasihat , tahniah dan informasi² berguna kepada semua pendaki selain pujian yang amat diterima dan dibanggakan. Hari pun sudah lewat… tidur.
28/12/2009 – Isnin:
Masing² bangun awal dan berpecah untuk mandi pagi. Ada yg memilih bilik air yg ada air panas dan ada juga yang memilih bilik air di luar untuk mandi air sejuk. Aku sudah pasti memilih air sejuk kerana itulah yang akan dilakukan setiap kali bermalam di sini… mandi sepuas²nya. Berkemas, bersiap dan berjalan kaki menuju ke kedai makan. Sebelum itu campak beg ke dalam lori dahulu. Pagi ni breakfast dengan nasi lemak dan air ‘mai sechawan’ kemudian baru sambung perjalanan ke Taman Rekreasi Parit Fall untuk majlis penyampaian sijil. Majilisnya simple sahaja namun cukup meriah untuk kami yang baru keluar dari hutan. Selepas sessi begambar kami berpecah, Jaafar, Lai, Mamak dan Tok Yie naik Avanza Azahar untuk pulang ke Kampar manakala kami semua berpecah dengan separuh naik van dan separuh lagi naik lori. Aku memilih lori untuk mengelak dari mendengar celoteh Si Bingit. Aman hidup aku dan kami yg memilih naik lori rupa²nya memang sekepala mengelak dari Si Bingit. Ahahaha. Kami tidak pulang terus ke Kampar sebaliknya singgah dahulu di Bukit Raja untuk membeli belah. Aku cuma beli strawberry kering+madu, petola jeruk dan cenderamata yang untuk lekat kat peti ais tu je. Habis shopping just lepak minum sambil makan goreng pisang sembang gelak tawa dan bergambar. Sambung perjalanan balik ke Kampar melalui jalan Simpang Pulai-Bukit Raja. Limau Cameron menjadi penawar kepada kami semua dari rasa mual disebabkan jalan yang bengkang bengkok ditambah dengan bau asap diesel dan juga kedudukan bangku yang tidak mengadap depan. Kami semua melegakan semua otot² dan pundi² di Stesen Petronas Gopeng sebelum tersekat dalam kesesakan lalulintas di jalan Gopeng-Kampar sebelum simpang ke Malim Nawar kerana ramai polis dari kereta peronda dan JSJ sedang menjalankan siasatan. Kesnya ialah sekumpulan perompak merompak kedai nombor ekor di Ipoh dan dalam perjalanan melarikan diri dengan kereta. Tempat kesesakan di hadapan kami adalah kawasan dimana kereta polis berjaya melanggar kerete perompak tersebut. Kami nampak 2 pesalah di bawa dengan 2 buah kereta peronda menghala kearah utara. Boleh dikatakan hampir sejam kami terpaksa menanti disini sebelum dibenarkan untuk menyambung perjalanan. Tiba di Hospital Kampar kami berpecah. Sementara menunggu Siti datang ambik kami untuk pergi makan, kami melepak dahulu di rumah Rosli yang ramah orangnya. Ada juga melepak kat bangku di laman rumah sambil sembang2 dengan Zaha. Siti sampai je dengan Viosnya kami pun pergi makan berhampiran stesen bas Kampar. Lepas tu cari tiket keretapi tapi tiket habis. So berpatah balik ke stesen bas ekspress beli tiket bas dan terus naik. Sampai KL tunggu adik Zaha ambik naik kereta untuk balik ke Cendana.
No comments:
Post a Comment
comment form message