Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Friday, March 1, 2013

Fraser Pine Hill Trip - Episod Melantak


Sepanjang Event berlangsung Jumaat, 22 Februari 2013 hingga Ahad, 24 Februari 2013

Bercakap pasal makan... trip kami x pernah lari dari makan sesedap²nya. Beruntung rasanya dapat teman² yang pandai masak. Tidak dinafikan apabila 3 ibu dan 3 gadis bergabung tenaga... apa yang dimasak memang sedap. Keikhlasan mereka memasak menyedapkan lagi apa yang dimasak. Laksa, nasi goreng, kambing ayam udang ikan marinate, stimbot dsb sangat sedap. Kenyangnya amatlah sangat dah rasa macam ular sawa... lepas makan terbongkang berehat. Seikhlasnya memang aku tak risau kalau mereka ini ada... perut pasti kenyang... rasa memang terbaek... sediakan je bahan²nya. Semua makanan ni dimakan pada jumaat dan sabtu malam juga pada sabtu dan ahad pagi. Kenyang... syedap... pueh ati... erbbb!!!


 Hantu laksa... sampai licin dikerjakannya
Chef Ad n me
 Laksa Anak Che Ani import from TBK
 Bahan² stimbot.. yang aku kenal ketam tu je
Daun kesukaan Afzan 
 Ketam tu aku suke.. ball² tu kureng suke
 Udang ni aku suke tapi bagi la Yt makan
 Udon... dah macam laksa
 Periuk stimbot import from Lestari
 Rock Melon... I liked
 Cucur keras... santapan sebaik turun dari Pine Tree Hill
 Pertama kalinya nama Yt diangkat sebagai penghidup api,
 Merah menyala... suke kalernye
 Kambing bakar... tag team ngan Ain mengerjakannya. Selain kambing ada ayam, udang, talapia dan sosej.
 laksa dihidang dalam Tupperware. 1 je dia bawa.
Cendawan... ini Kay punya peberet



No comments:

Post a Comment

comment form message