Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Friday, March 1, 2013

Fraser Pine Hill Trip - Episod Highway

Jumaat, 22hb Februari

Selepas sembahyang jumaat edisi mencari dan pergi pun bermula. Dari Bdr Sri Permaisuri menghala ke Taman Putra Perdana melalui MEX Highway keluar exit Aman Putra. Cadangnya nak lunch kat sini tapi dah lewat tukar plan nak makan selepas melepasi MRR2. Laluan cadangan untuk masuk MEX keluar exit Bukit Jalil masuk MRR2 singgah Tesco Ampang cari suar tight sambung balik tembus Ulu Yam terus ke Fraser Hill. Aku yang mengejar masa memandu melalui MEX Highway seperti yang dirancang tetapi terlajak lalu terlepas simpang kiri ke Bukit Jalil. Automatik plan terpaksa ditukar lalu memilih untuk kuar exit Kajang namun sekali lagi signboard mengkompiuskan kami maka secara paksa rela masuk pula SKVE seterusnya pusing balik ke Taman Putra Perdana. Untuk meredakan keadaan kami pergi ke Tesco tak jauh dari sini... cari tight tapi tak dijual la pulak. Kecewa bakal pembeli iaitu rakan serumah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rancangan: Bdr Sri Permaisuri ke Taman Putra Perdana
Laluan: MEX exit Aman Putra
Persinggahan: Tiada
Status: Berjaya
Nota kaki: dah biasa jln ni

Rancangan: 
Taman Putra Perdana ke Fraser Hill
Laluan: MEX exit Bukit Jalil - MRR2 - Ulu Yam - KKB - Fraser Hill
Persinggahan: Tesco Ampang
Status: Gagal
Nota kaki: Terlepas simpang Bukit Jalil

Rancangan: 
SKVE ke Fraser Hill
Laluan: Tidak pasti
Persinggahan: Tidak pasti
Status: Gagal
Nota kaki: Kompius akan signboard. Pusing punya pusing berbalik ke Tmn Putra Perdana

Rancangan: Tesco Taman Putra ke Fraser Hill
Laluan: IOI - USJ - PLUS - exit Tg Malim - Fraser Hill
Persinggahan: Restoran Jejantas Sg Buloh
Status: Gagal
Nota kaki: Ikut Guthrie tak lalu Sg Buloh dah. Terus potong ke Rawang.



Dari sini kami merancang untuk ikut PLUS exit Tg Malim sebelum ke Fraser Hill singgah di Al Ikhsan Restoran Jejantas Sg Buloh untuk cari seluar tight. Sebaliknya ketika dalam perjalanan kami telah memilih untuk melalui Guthrie maka terus tembus Rawang tidak melalui Sg Buloh. Sekali lagi plan bertukar iaitu untuk mencari tight di Tg Malim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rancangan: PLUS ke Fraser Hill
Laluan: exit Tg Malim - Kalumpang - Fraser Hill
Persinggahan: Tesco Ampang
Status: Berjaya
Nota kaki: Akhirnya...

Perjalanan diteruskan dengan dipandu oleh pencari tight. Sebaik exit Tg Malim kami belok ke kanan hala ke Kuala Kubu Bharu mana tahukan ada kedai sukan di pekan kecil sebelum Kalumpang. Nasib kami baik kerana ada pasar malam di sini. Kecik je pun pasar malamnya. Kami hanya beli jagung rebus dan juga Tau Foo Fah. Berpatah balik ke pekan Tg Malim melalui UPSI... selepas simpang 4 ada traffic light ternampak 1 kedai sukan disebelah kiri. Lega rasanya nampak kedai sukan tu cuma mengharapkan ada saiz untuk si pencari tu.


   Tight dibeli... hati gembira... kami teruskan perjalanan ke Fraser Hill. 
   Sampai Fraser Hill dah gelap.


No comments:

Post a Comment

comment form message