Jumaat, 22hb Februari
Kononnya nak gi shoping makanan dsb pada pukul 8.00 pagi. Awal² lagi dah keluar perkataan konon... ahaha. Okey, Jam 8.00 pagi telah menjadi 10.00 pagi. Jadi aku pun ambil peluang untuk check CCP aku yang kurang pikap sejak kebelakangan ni. Tukar air filter... problem solved.
Selesai sahaja di bengkel, terus memandu ke Tesco Tmn Midah mencari keperluan untuk BBQ, Stimbot dsb. Byk juga barang yg dicari tapi kebanyakannya telah dipilih oleh Ad and family seperti sos, perencah dan kambing. Cuma perlu tambah ayam, air sedap dan air kemenangan je. Kata separa dikota... bahan² untuk laksa perlu dibeli... Drp tersalah beli lebih baik wasap untuk kepastian. Antara bahan² yang diwasap ialah...
Tidaklah menjadi masalah untuk membeli barang² tambahan lain selagi masih berada di dalam Tesco dan cukup duitnya. At least tau juga apa bahan untuk buat laksa. Kuahnya pulak sedang di sediakan oleh warga Aman Sari...Depan Dia. Cepat² pilih cepat² bayar kerana waktu sudah suntuk untuk sembahyang jumaat pula.
Setibanya di rumah segera bersiap untuk pergi sembahyang jumaat di masjid Al Najihin Bdr Sri Permaisuri. Kerana lewat maka naiklah ke tingkat 3.
No comments:
Post a Comment
comment form message