Bersiap² sambil menanti ketibaan En Tolhatulkhair sekeluarga, kami semua berkemas sekadar patut seperti packing beg dan sediakan makan minum untuk dibawa ke puncak. Kami seramai 7 orang iaitu aku, Fazi, Tolha, Afzan, Kay, Cah dan Ain menaiki Alza untuk ke starting point.
Dari sini kami mendaki dan terus mendaki. Apa yg sering terfikir cuma bila nak sampai ke tempat yang aku boleh nampak puncak pada tahun 2009. Dari sini boleh dikatakan separuh perjalanan sudah ditempuh. Trek tidaklah susah mana kerana lebih banyak menurun daripada mendaki. Terdapat pondok yang dahulunya masih elok tetapi kini kebanyakannya sudah roboh... Tiada lagi signboard yang menyakitkan hati... trek bertangga samada asli mahupun simen batu... pokok² menghijau di kiri dan kanan trek. Yang membezakan trek canak kali ni terdapatnya tali biru disediakan bagi memudahkan para pendaki mendaki.
Lebih menarik apabila permandangan sekitar Fraser Hill dapat dilihat memandangkan cuaca yang bagus. Edisi pulang menyaksikan 2 orang sedikit injured. Setakat tegang otot dan sakit ulu ati je. Pendaki terakhir tiba di starting point dalam pukul 6 petang.
Nak lebih menarik sila lihat video dan gambar² di bawah ini.
No comments:
Post a Comment
comment form message