Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Thursday, February 7, 2013

Setiap Kali Balik Kg

Setiap kali balik kampung pasti pada suatu malam aku akan keluar rumah. Kebiasaannya pada pukul 10 malam. Tidak kira samada hujan atau tidak... keluar tetap keluar. Balik pula dalam pukul 1 pagi. Maklumlah balik kampung pun bukan selalu. Biasanya dalam 2 bulan sekali or ada cuti yang agak panjang. Setakat sabtu ahad mana puas. Buek penat jo travel dr KL tu ha.

Tak ke mana pun hanya ke pekan Batu Gajah aje melepak dengan Yap. Untuk info aku kenal Yap masa gi daki Gunung Yong Yap satu ketika dulu bersama Persatuan Mendaki Negeri Perak. Balik dari Gunung Yong Yap kami berdua buat trip gi Gunung Tahan pulak dari Merapoh turun Kuala Tahan. Ada 1 lagi kami pernah pakat pergi ke Gunung Bubu pada tarikh yang sama dengan group masing². Walaupun cuma 3 trip sahaja, melepak tetap perlu sampaikan mak aku pun perasan. Banyaklah perkara yang disembang²kan tak terkecuali aktiviti terkini masing².

Apa yang pasti... setiap kali nak bayar selepas melepak... masing² nak bayar dan kata "hari tu ko dah bayar... kali ni aku bayarlah pulak". Edisi melepak bersurai... jumpa lagi di bulan² mendatang.


1 comment:

comment form message