Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, February 6, 2013

Mencari Outdoor Gear

Sabtu lepas bersamaan 02022013 adalah hari yang memenatkan tapi setimpal dengan apa yang dilakukan. Semuanya bermula sesudah subuh...

Air pancut wiper tak memancut.. sudah beberapa minggu air pancut keretaku sudah tidak memancut dengan berkesan. Ikut suka dia je nak pancut ke tak... malah lebih pada tak memancut. Oleh kerana hujung bulan ni aku akan ke Fraser Hill maka air pancut amatlah perlu untuk memancut mancut nanti. Di bengkel kereta Tmn Tenaga aku pergi... motor perlu ditukar dan kos hanya RM39. Sambil foreman tu repair... sambil tu aku makan roti canai + 2 biji telur suku masak + teh tarik. Sesambil tu mataku lebih terarah kepada sepasang couple wanita. Diulangi couple wanita.

Setelah settle bab pancut memancut... bermula pula edisi mencari outdoor gear. Bertemu di KFC Petronas Taman Medan selepas Zohor... kami lunch bersama sementara menunggu seorg lagi rakan lain tiba. Bertiga... kami menetapkan perjalanan KFC Petronas Taman Medan - Evergreen Tmn Midah - Karat Adv Ampang - WOS Bangsar Village - KFC Petronas Taman Medan.

Setiba di Evergreen Tmn Midah salah seorang dari mereka berkata...'Dok 2-3 jam pun takper dalam ni'. Aku happy sebab tempat yang aku menepati citarasa derang. Sampai nak tutup jugalah kami kat sini. Siap tengok dan test macam² barang antaranya Haversack Millet Khumbu 55+10, Deuter, Karrimor dsb, Hydration bag Camelbak dsb, Dry Bag FeelFree dsb, Khemah FeelFree, glove dan macam² lagi. Hasilnya kami membawa pulang 2 Dry bag FeelFree model dry tube kaler hijau dan kuning berlainan saiz. Pilihan kaler aku cuma hijau, kuning dan biru. ungu dan pink tak berapa berkenan.

Asar di Masjid Al-Najihin Bdr Sri Permaisuri.

Next stop pula kiosk Karat Adv di ampang. Tapi malang kerana kiosknya tutup. Dapat tahu esok harinya yang uncle Rashid kepenatan dan tido sebab baru balik dari Gunung Bunga Buah.

Last stop pula kami ke WOS Bangsar Village... Maghrib dulu di masjid berdekatan dan terus parking kereta di situ aje.... senang. Di sini terdapat byk jenama antaranya Columbia, Hi Tech, Salomon, Teva dsb... aku agak berminat dengan sandle Teva tapi hanya cuba pakai sepanjang berada di situ. Nak beli xdelah buat masa ni. Suatu hari pasti ku beli juga satu. Bukanlah dalam masa terdekat ni. Dalam pada belek² barang di situ... kwn dari TBK ni sekejap² pergi toilet... rupa²nya dia dah mula tak sihat. Jadi kami pun buat keputusan untuk beredar dan pulang. Drive safely ke KFC Petronas Taman Medan untuk ambik kereta masing² dan bersurai.

 

Lanjutan:

  • http://ceritabestfriend.blogspot.com/2013/02/minggu-y-kecohh.html
  • http://www.evergreenadventure.com
  • facebook page -:: karat adv




No comments:

Post a Comment

comment form message