Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, February 13, 2013

Tips Paling Bermakna

Tips... aku ingatkan cuma waiter and reception je yang boleh dapat tips dari guest rupa²nya aku pun boleh dapat juga. Setakat ini aku pernah dapat tips berupa wang MYR1, MYR3, MYR5, MYR10, SGD5. Semuanya bergantung pada guest.

Tips paling bermakna bila aku dapat SanDisk® Cruzer® Pop™ USB Flash Drive 8Gb daripada seorang guest dari Armenia ni. Semuanya bermula apabila guest ni minta tolong aku ajarkan macamana nak scan beberapa paper work dia dan save as pdf file. Disebabkan scanner yang disediakan untuk guest tidak ada fungsi save as pdf maka terpaksalah aku menolong dia scankan paper² work dia tadi di tepat lain. Mula² dalam 30++ helai sahaja (5 file) dan aku dah settlekan. Lepas tu dia bawa lagi lebih banyak daripada tadi dan time ni aku dah agak hangin sikit... ini sudah lebey!!!. Disebabkan guest aku buat juga.

Masa dah nak habis scan tu dia bagi 1 flash drive untuk savekan file² dia tadi. Aku ambik dan tengok macam menarik je.

Aku: "nice" ... kerana tertarik
Dia: "Do you like it?" ... bertanya kepadaku
Aku: "yes, it nice" ... menjawap sambil memuji
Dia: "I got 1 more up there, will give it to you" ... aku terkejut..hati tiba² gembira
Aku: "It's OK" ... balasku konon² tak payahlah..

Thank Armenia Guest.


No comments:

Post a Comment

comment form message