Setibanya di sana, kami parking kereta cun cun punya sebab dah tahu pagi² nanti pasti ramai pendaki yang datang dengan kereta masing masing. 2 orang lagi rakan kami juga sampai untuk beraksi bersama. Habis kerja terus cargas ke sini la tu.. Selepas warming-up dan group photo kami pun memulakan pendakian. Awal² lagi salah seorang rakan telah pancit... sebab pancit kerana kurang exercise. Banyak tengok tv je kat rumah. Hihihi. Sepanjang pendakian tidak berlaku sebarang masalah kritikal. Cuma perlu berhati hati dengan trek bahaya dan berbatu tajam. Headlamp sangat membantu... jika pakai torchlight, pergerakan akan sukar ketika pendakian yang memaksa menggunakan tangan. Adalah dilarang memakai selipar, kena pakai kasut. Takde kasut jangan daki... bahaya.
Ada beberapa perkara yang menarik untuk diceritakan untuk pendakian kali ini... Kebanyakannya tidak tahu yang bukit ini telah mengorbankan beberapa nyawa... tapi selagi keselamatan diutamakan... InsyaAllah perkara tidak diingini takkan berlaku. Apa yang menarik bagi aku sepanjang pendakian adalah kawasan² yang sukar dilalui disamping perangai kawan² yang macam². Rasanya pendakian tidak sampai 2 jam walaupun ada beberapa kali berhenti rehat.
No comments:
Post a Comment
comment form message