Pengumuman
Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.
Friday, January 18, 2013
Panjat Bukit Tabur 2013 - Page 2
Setibanya di puncak... kami memilih tempat melepak yang sesuai mengikut majoriti. Jika dahulu aku melepak di hujung bukit... kali ni sebelumnya pula. Hanya ground dan foam mat saja dihamparkan untuk memberi sedikit keselesaan. Masing² ambik kesempatan untuk baring walaupun permukaan tanah tidak rata sama sekali. Letih punya pasal... dapat juga tidur sampai ada yang berdengkur.
Sejuk juga kami di atas ni sampaikan ada yang berselubung dalam sleeping beg, pakai glove dan snow cap, sweater sudah tentu, juga masukkan kaki dalam beg. Alhamdulillah cuaca baik sepanjang malam sedangkan hujan pada sebelah petangnya. Apa apa pun aku sudah standby 1 flysheet untuk digunakan jika hujan turun. Sepanjang malam ni juga ada yang terus tidur dan ada juga yang x boleh tidur melayan diri sendiri, sembang sembang pelbagai cerita dan perancangan, masak air teh o selasih dan juga makan kudap kudapan.
Paginya setelah bangun tidur barulah masing² bersemangat untuk bergambar mungkin kerana sudah dapat rehat yang cukup dalam kedinginan semulajadi. Light breakfast saja sudah memadai dengan menu simple coco crunch + soya, teh o selasih, biskut dsb. Ketika menjamu selera ni ramai juga pendaki yang lalu untuk meneruskan perjalanan turun dengan memilih laluan dusun. Kami pula memilih untuk melalui jalan yang sama kami daki semalam kerana pemandangan menarik.
Labels:
Xpdc
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lovely blog you hhave here
ReplyDelete