Aku orang terakhir yang turun... pastikan tiada siapa tertinggal... tiada apa tercicir. Perjalanan turun meyeronokkan dengan permandangan yang indah disamping sering bertegur sapa dengan pendaki lain yang tercungap² mendaki menghala ke puncak. Dari yang muda sampailah yang tua... perempuan dan lelaki... kami semua pendaki. Paling sukar ketika nak turun ikut cerun batu yang sangatlah cerunnya. Aku terpaksa ikut jalan lain yang lebih selamat kerana beg yang dipikul agak besar dan bahaya. Jika dengan memakai daypack yang bersaiz kecik... tidak bermasalah.
Cuaca juga sangat bagus pada pagi ini... tidak panas dan tidak hujan... membuatkan kami asyik berhenti bergambar sahaja. Sampai ditempat parking... kami berehat ala kadar sebelum meneruskan perjalanan mencari makan tengahari. Oleh kerana ini kawasan jajahan Qemmal.. so, dialah yang kena tunjukkan tempat makan yang sedap. Penat sangat agaknya... makan pun tak berapa larat tapi habis.
Trip ke sini bukanlah yang terakhir... kami akan kembali lagi.
No comments:
Post a Comment
comment form message