Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, January 21, 2013

Drive A Van

Sekian lama aku memiliki lesen memandu kelas D... tidak pernah aku memandu sebuah van. Semalam, buat pertama kalinya aku berpeluang memandu van. Memandu van tidaklah berbeza sangat dengan memandu sebuah kereta. Membezakannya cuma kedudukan duduk yang tinggi, panjang kenderaan dan tayar hadapan betul² di bawah pemandu. Semua ini membuatku terasa janggal sedikit pada permulaannya.

Memasukkan gear tidak ada bezanya... ketika membelok hendaklah lajak sedikit berikutan badan kenderaan yang panjang. Kalau tidak.. takut tak lepas pulak bontot van tu nanti. Membuat u-turn tidak menjadi masalah bagiku. Ketika mula² aku memandu dan agak excited... boleh terlupa yang aku memndu van bukannya kereta. Dengan selamba aku melayan selekoh yang tak beberapa nak tajam tu. Selepas itu, tiada lagi selekoh yang dilayan melainkan membelok dengan berhemah.

Kedudukan pemandu yang tinggi memudahkan aku melihat ke depan dengan jarak yang lebih jauh tapi agak menyeramkan apabila melalui terowong SMART. Terasa macam nak terlanggar je signboard yang digantung dan juga kipas besar kat dalam terowong tu. Cuak beb.

Jika ada peluang, tidak menjadi masalah untuk aku memandu van lagi. Jika semalam KIA Pregio yang di pandu... akan datang mungkin yang lebih power. Hi-Ace ke... hehehe ;)


No comments:

Post a Comment

comment form message