Pengumuman
Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.
Friday, January 11, 2013
1 18 44
Pertama kali dalam sejarah hidupku bersembang dalam tempoh yang lama hanya melalui 1 panggilan peribadi. Tidaklah hairan jika si dia itu sudah dikenali atau sudah biasa bersembang dengannya. Tetapi si dia yang dimaksudkan ini belum dikenali lagi. Malah inilah perbualan pertama kami. Apa yang disembangkan bukanlah cakap-cakap kosong sahaja tetapi berisi. Tidak dinafikan aku lebih banyak mendengar. Aku kan pendiam. Hah! Pasti ada ada yang membangkang ayat penyata ini. Sekitar perbualan kami, aku sukar mengagak siapakah ida yang sebenarnya melainkan fakta jelas yang diberikannya secara percuma.
1 daripada beberapa topik yang disembangkan ialah berkenaan intergriti. Apa itu intergriti? Tak reti aku nak terangkan maksudnya. Bagi dia, intergriti adalah jati diri. Hubungan manusia dengan tuhan, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Bukankah ini apa yang telah aku belajar dahulu dalam kelas Feqah ketika di tingkatan 3?
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
comment form message