Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, November 16, 2011

Couple Seat

Aku bermula tengok wayang dari sekolah menengah lagi. Semua seat yang aku duduk ialah single seat. Pada satu hari aku dipelawa seorang teman untuk tengok wayang bersamanya. Tanpa berfikir panjang aku pun bersetuju paling kurang pun adalah aktiviti nak dibuat. Bukan susah pun cuma teman je… dia happy dapat tengok movie yang dia nak dan aku pun tumpang happy sama. Dapat menghappykan orang lain membuatkan aku turut happy malah puas hati.

Muvie apa yang ditengok tidaklah aku ingat lagi… yang pasti Hollywood film. Malam tu di GSC Midvalley tahun 2006 atau 2007 dia belanja aku atas alasan yang tak dapat dibangkang lagi. Check in je terus duduk kat seat paling belakang. Aku terkejut kenape seat ni besar sangat dan takde tempat letak tangan lalu bertanya kepada si dia, “Kenapa seat ni tak macam biasa?”.. maka dijawapnya, “seat lain xde”. Tapi aku tengok ada je seat kosong kat depan² tu walaupun samar². “Lantaklah” kata hatiku. Best juga seat besar siap boleh baring.

Aku masih belum berpuas hati dengan seat yang aku duduk pada malam tu tapi aku biarkan saja tanda tanya itu sampailah pada satu ketika aku dapat tahu bahawa seat yang aku duduk dengan dia malam tu ialah twin seat atau lebih dikenali dengan couple seat. Tak sangka aku tengok wayang dengan dia pakai couple seat sedangkan kami bukanlah couple. Apakah motif si dia?

Pada si dia.. aku rasa aku paham cuma aku yang…

4 comments:

  1. slowwwwwww tettt!!!

    ReplyDelete
  2. Pada si dia.. aku rasa aku paham cuma aku yang…

    Meh aD sambungkan ayat nih..

    Pada si dia.. aku rasa aku paham cuma aku yang jual mahal.

    hihihihihihihihihihi

    ReplyDelete
  3. si dia tu pun ada pilihan lain. kira ok la kan jual mahal dlm konteks ayat ad ni.

    ReplyDelete

comment form message