Pengumuman
Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.
Friday, November 4, 2011
Abahku Sudah Tiada
Pg tadi ntah macamana aku teringat 1 kisah lama.. masa tu aku masih blajar lg. Ada cuti semester aku pun balik kg naik bas dari Puduraya turun di pekan Batu Gajah. Setibanya di pekan aku pun berjalanlah menuju ke pondok telefon bersebelahan dengan Maybank, kini Pizza Hut. Seperti biasa aku pun angkatlah gagang nak call rumah suruh Abah aku datang ambik naik motor. Belum pun sempat masukkan syiling... aku menjadi sebak.. air mata mula membasahi pipi.. gagang pun terus aku letak semula. Sayu hati baru teringat yang Abah baru je meninggal dunia. Dengan rasa sayu, sebak, bergelinangan air mata aku mengambil keputusan berjalan kaki sahaja menuju ke kampung yang jauhnya lebih kurang 2km. Masa tu tidak lagi aku hirau akan apa yang akan berlaku. Tiba di rumah Mak bertanya aku balik naik apa.. Aku jawap.."Jalan kaki". Perbualan kami setakat itu sahaja. Mungkin Mak paham isi hati anaknya. Hati aku begitu sedih, tak sangka yang aku dah xde seorang Abah yang aku sayangi. Tak sempat membalas budi Dia telahpun pergi buat selama-lamanya. Sedih... air mataku mengalir lagi.
Labels:
Kenangan
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
takziah chop. banyakkan doa kepada arwah kerana doa dari anak yang soleh sahaja yang mampu meringankan kehidupan arwah di sana.. wallahua'lam..itulah bakti yang boleh kita lakukan utk menunjukkan rasa sayang kepada ibu bapa kita..
ReplyDeletemoga tidak lupa mendoakannya.
ReplyDelete