Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Tuesday, December 20, 2011

Kalender Kuda


Semenjak 14 tahun lalu, pantang masuk bulan 12 je pasti aku begitu teruja nakkan kalender kuda. Seronok sangat rasanya bila dapat. Satu pun jadilah. Siap pergi kedai beli apa2 barang lepas tu masa bayar tanya taukeh kedai tu.."ada kalender thn dpn x? Geram je rasanya bila tak dapat. Gembiranya bila taukeh tu bagi satu. Kalau dua.. dua kali ganda gembiranya. Lepas tu balik rumah dengan gembiranya... tak sabar nak gantung kat pintu.

Sebelum gantung, aku akan selak setiap helaian dari bulan Januari hinggalah bulan Disember. Bukannya apa... semata-mata nak tengok cuti sepanjang tahun. Dari situ aku akan plan gunung mana nak pergi. Gunung je yang aku fikirkan setiap hujung tahun. Sebab tu agaknya setiap tahun ada je gunung yang aku daki. Kalau tak ikut program orang lain.. aku sendiri yang buat program dengan kawan². Program yang makan masa 3-7 malam tentulah kena plan betul².

Kini tidak lagi, ntah mengapa inilah kali pertama aku tak excited dengan kalender kuda. Tahun lepas masih excited tapi tak pula aku plan walaupun satu program gunung. Rasa² macam xde satu gunung pun aku daki tahun ni. 6 hari annual leave 2011 kena habiskan sebelum masuknya bulan Mac 2012. Mungkin aku akan apply 16&17 Jan dan 2&3 feb untuk habiskan 4 drp 6 hari yang ada. Baki 2 hari belum difikirkan lagi. Itu je yang aku mampu plan utk next year calender.

1 comment:

  1. waaaaaa...chua kembali active berblog..chayok2..rajin2 tulis...nanti aku komen hahaha

    ReplyDelete

comment form message