Headlamp ni ringan iaitu 228gram sahaja lalu tidak membebankan apabila dipakai dikepala mahupun dipegang sewaktu menyuluh. Dengan kedudukan 3 bateri AA dipasang di belakang langsung tidak terasa beratnya. Warnanya yang hijau pucuk pisang meyerlahkan keterampilannya dikalangan headlamp² lain yang kebanyakannya berwarna gelap. Stripe/talinya dapat menyekang daripada headlamp ni terjatuh ke muka apabila melompat turun. Sistem penyejuk yang ada pada headlamp ini bertujuan mengelak LED daripada panas lalu terbakar juga membuatkan dahi tidak terasa panas walaupun dipakai dalam jangka masa yang lama.
8 LED cahaya putih dengan mod gabungan 8, 5, 3, 1 membenarkan pemakai memilih keterangan cahaya yang diperlukan sahaja. 1 LED sahaja sudah mencukupi untuk pemakaian di kawasan perkhemahan dan 3 jika hendak lebih terang ketika melalui trek. 5 dan 8 amatlah terang dan aku tidak menggunanya sangat melainkan saja². Disamping itu, pada setiap gabungan ada mod malap yang mampu menjimatkan lagi bateri. Sehingga entry ini ditulis, bateri yang sama juga digunakan. Tidak ketinggalan mod kecemasan yg lebih dikenali dengan lampu ‘lip-lap-lip-lap’. Kekerapan ‘lip-lap-lip-lap’nya setiap 1.5-2 saat kalau tak silap. Sifatnya yang kalis air juga membolehkan aku memakainya walaupun ketika hujan lebat.
Features of Princeton Tec Corona Headlamp
· Water resistant to splashes/ quick dunking
· Regulated LED / Constant Brightness
· Multiple modes and settings to regulate brightness, beam width and battery usage
· Multiple Beams for versatility
· Heatsink technology
Specifications for Princeton Tec Corona Headlamp
POWER: 65 Lumens
LAMP: 8 Ultrabright LEDs
BURN TIME: 160 Hours
BATTERIES: 3 AA Alkaline or Lithium
WEIGHT: 228g
WATERPROOF: Level 1; IPX4
Cik Cookie cr lampu suluh gak smlm.kunci umh hilang dlm keta.
ReplyDeletehohoho
ko dah beli ke chop? bape hengget rega headlamp ni?
ReplyDeletesura la aku dah beli.
ReplyDeleteRM175 kot. buat masa ni xde stock. ada sorang lagi nak gak headlamp camni. nak ke?
perghh.. mahal tu yeop. lepas la aku gi mancing. kekeke!
ReplyDelete