Mungkin kerana target aku untuk menggunakan beg Deuter Air-Contact hanyalah 4 tahun dan sekarang sudahpun mengjangkau 8 tahun penggunaannya menyebabkan aku teringin untuk mencuba jenama baru. Ntah kenapa aku telah membeli beg Millet ODYSSEE 60+10 seberat 2100 gram tanpa banyak soal. Mungkin kerana tertarik masa tengok Gaban (aku x tau nama betul dia) pakai beg ni. Bahagian yang paling aku suka hanyalah tulisan MILLET dekat bontot beg tu yang boleh dijadikan pemegang.
Aku cuma survey beg ni dekat Outdoor Jln Ampang untuk bertanyakan harganya. Kat situ cuma ada kaler kelabu je dan brother kedai tu bagitau ada sebiji lagi kaler merah kat Pertama Complex. Aku dah tengok memang ada sebiji je lagi beg ni yg kaler merah kat situ. Brother tu cakap beg tu biasanya dijual pada harga RM370 selepas diskaun. Info dah pun dapat dari brother tu so aku pun pergi mencuba nasib kat Pertama Complex. Untuk pengetahuan, kedai ni memang familiar dikalangan warga gunung untuk membeli haversack terutama Deuter.
Dengan tujuan untuk membeli aku pun teruskan perjalanan ke Pertama Complex. Auntie kedai ngan pembantunya memang ingat akan customer2 dia termasuklah aku. Tak cakap banyak aku terus mencuba beg tu. Hasil cuba pakai dan perbandingan dengan beg lama macam kat bawah ni.
--Bontot beg ni lebih kecil.
--‘V-Shape’ iaitu kembang sebelah atas.
--Rain Cover disimpan sebelah atas malah lagi berkualiti.
--Lebih 5 liter je. Cukup la tu.
--Bahagian kepala boleh tanggal.
--Ada lubang H2O tapi xde clip H2O kat padding bahu.
--Padding bahu dan pinggang kureng sikit la.
Hasil cuba pakai beg ni nampaknya..
--Bentuk V-Shapenya menyukarkan mengangkat beg ke bahu tapi lebih rasa ringan semasa trekking.
--Cara packing juga berbeza kerana ianya besar di bahagian atas.
--2 tali berbentuk ‘O’ sangat berguna kepada 1 habit pendaki yang aku tak reti nak terangkan.
--Padding pinggang kurang membantu untuk mengurangkan beban bahu.
--Seperti havesack2 lain… cirri-ciri satu jari yang memudahkan tetap dikekalkan.
--Penyesalan? Tiada.
Badan aku semakin serasi dengan beg ni dan beg lama aku gunakan untuk menselesakan kengkawan yang tiada beg untuk mendaki. Beg Millet yang berharga lebih mahal setengah atau sekali ganda lagi lebih best padding dia. Tengoklah suatu hari nanti mungkin satu akan menjadi milik aku.
Pengumuman
Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.
Monday, January 18, 2010
Millet ODYSSEE 60+10
Labels:
haversack,
Millet,
outdoor gear
Sukakan yg semulajadi terutama yg membabitkan ciptaan Ilahi. Pengubahsuaikan yg bermanfaat bagi ciptaan manusia. Suka berfikir secara positif dan negatif bergantung kepada situasi dan objektif. Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan itulah yg sering cuba diungkaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam...
ReplyDeletenk tnya harga sekarang untuk model ni brape?
sbb ade org offer kt saya rm550..
mcm mhal sgt berbanding dgn harga yg kamu dapat..