Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Tuesday, December 29, 2009

Komitmen

… “Ko bukan ada komitmen pun”...

Inilah kata² yg selalu dilemparkan padaku terutama apabila membincangkan isu kewangan. Nampak macam tak ada tapi sebenarnya hanya empunya diri yg mengetahui. Itu baru hidup bujang belum lagi berkeluarga.

Kini aku dalam perancangan untuk menambah komitmen. Komitmen dengan perancangan mampu mengurangkan risiko menanggung beban. Bebanan akan terasa jika komitmen yang hadir tidak  ditangani dan dikawal dengan jayanya. Mahu atau tidak mahu komitmen tetap akan hadir, sebelum komitmen² itu hadir tanpa dialukan baiklah kiranya merancangnya terlebih dahulu.

Seperti biasa apabila merancang/mengira/membandingkan sesuatu yg bernombor… maka Microsoft Excellah yang menjadi pilihan. Excel lebih membantu berbanding contengan di atas kertas kerana dengan Excel kita boleh melakukan adjustment dengan mudah, formula yang dicipta boleh diulang pakai dan pengiraan tempoh masa berapa tahun sekalipun hanya dengan drag cell saja.

Sebut saja komitmen..  masing² membayangkan bebanan kredit dan installment. Ada antaranya nampak dan ada juga yang tidak nampak. Yang nampak seperti installment motor, kereta, rumah, tv, mesin basuh dan notebook. Yang tidak nampak pula seperti ASB-loan, insuran, pelaburan, bil² bulanan, cukai jalan, sewa rumah dan pinjaman peribadi. Ada ke apa² pula yang boleh dikategorikan sebagai komitmen separa nampak?

Kenapa kita perlukan komitmen² tu? Jawapannya terserah kepada individu itu sendiri. Komitmen yang sama memberi pengertian yang berbeza kepada setiap individu. Gaya hidup dan keinginan salah satu sebabnya. Mengelak daripada berkomitmen adalah suatu yang mustahil.. jadi lebih baik mengeksploitasikan komitmen itu sendiri dengan jalan yang terbaik.

3 comments:

  1. berbelit-belit la ayat ko chop.

    ReplyDelete
  2. kekadang tu perlu juga belitkan ayat. kalau tak... tak tau pulak apa makna belitan.

    ReplyDelete
  3. komitmen..emm...komitmen bakal bertambah thn 2010 huhuhuhuu

    ReplyDelete

comment form message