Trans Gopeng - Cameron
11 - 14 April 2014
11 - 14 April 2014
Hari 3 @ Ahad, 13 April 2014:
Tiada istilah Good Morning pada pagi ini.
Perjalanan jauh bakal dilalui… makanan spare, air isotonic, air sedap, kacang,
coklat… semuanya akan dikeluarkan satu persatu sepanjang perjalanan nanti. Bagi
yang sudah biasa dengan trek disini pasti sudah faham di mana dan bila akan
terasa lapar. Tidak dapat dipastikan kenapa dan mengapa di tempat sama ia akan
berlaku. Dalam beg aku ada sebuku roti Gardenia Coklat, Tolebron besar, coklat,
loli pop dan air isotonic. Pengalaman mengajarku agar sediakan makanan spare
untuk digunakan pada hari ini. Roti Gardenia Coklat dibawa hanya untuk tujuan
ini menggantikan roti pong pada edisi trans tahun lalu. Tolebron dan selebihnya
adalah umpan untuk menaikkan semangat pendaki lain juga tekak diri sendiri. Perancangan
ini telah pun wujud sebelum masuk ke dalam hutan lagi.
Perjalanan pada hari ini banyak melalui
sungai selain daratan seperti kebiasaannya. Permulaannya melalui denai hutan
kemudian menyeberang beberapa batang sungai sehinggalah kami meredah sungai
selama sejam. Meredah yang dimaksudkan adalah meranduk melawan arus tidak kira
tengah atau tepi sungai. Asalkan mampu dipijak dan tidak dalam… di situlah kami
menapak dan memijak samada dasar sungai mahupun batuan. Rasa macam nak mandi je
setiap kali terjumpa kawasan yang menarik tapi tak laratlah asyik nak buka
turun naik beg je. Setelah lebih kurang sejam meredah sungai barulah kami
sampai ke penghujung. Disini adalah cabang Y dan kami semua makan tengahari
dulu di sini. Apa yang dimakan hanyalah apa yang ditapau pada paginya selain
air teh yang dimasak. Di sini aku ambil kesempatan untuk mandi lagi kerana
tiada sungai untuk mandi lagi selepas ini melainkan di camp forest nanti. Selesai
menjamu selera kami semua meneruskan perjalanan ke arah kiri.
Turun naik bukit dan meredah hutan bermula. Kesusahan
mendaki mulai terasa tambah tambah aku yang berada di kumpulan belakang. Trek
sudah lunyai dan berjalan bersama insan insan yang kekurangan tenaga dan sudah
mula mental memberi impak psychology. Ada OKU yang sudah tidak larat, ada yang
mula mengada, ada yang sampai nak pijak mana nak pegang mana pun dah tak tahu.
Tidak semua perlakuan mereka ini benar kerana ada juga yang ota je lebih. Masa
inilah tolebron, lollipop digunakan untuk menaikkan semangat mereka. Kita
berada di atas dan bertanya kepada mereka yang sudah pewai ini nak atau tak nak
makanan minuman sedap yang ditawarkan. Jika mereka mahu maka cepat datang sini.
Datang sini bererti mereka terpaksa sambung mendaki lalu tinggalkan penat
tambahkan semangat untuk mendapatkan tawaran yang diberikan. Kadang kadang
kesabaran boleh menipis dan beg yang dipikul terasa semakin berat. Jika tidak
biasa dengan keadaan begini lebih baiklah berjalan di hadapan kerana dugaannya
datang dari diri sendiri sahaja tidak berkaitan dengan orang lain yang perlahan
dan sebagainya.
Mendaki punya mendaki akhirnya kami sampai
juga di kawasan permatang dimana kecuraman mendaki sudah tidak curam lagi. Dibiarkan
OKU OKU tadi jalan dulu dihadapan manakala kami tetap menjadi kumpulan terakhir
bagi memastikan tiada sesiapa tertinggal di belakang. OKU OKU dan mereka mereka
yang berada di belakang tadi sudah hilang menandakan mereka benar benar tidak
berdaya untuk mendaki dalam keadaan curam tadi. Sekarang mereka sudahpun
kehadapan meninggalkan kami yang kekal menjalankan tanggungjawap. Tiba last
waterpoint pun tidak nampak kelibat mereka ini. Di sini kami makan roti
gardenia yang dibawa dan minum air isotonic serta makan kacang. Rehat rehat
relax relax barulah sambung semula perjalanan. Air di last waterpoint ini
berbuih dan berwarna kekuning orengan mungkin disebabkan akar kayu. Air ini
boleh diminum… aku sudah pun minum air ini hampir setiap kali melalui kawasan
ini sejak dulu lagi. Waktu ini sudahpun gelap. Headlamp sudahpun digunakan.
Perjalanan disambung sehinggalah kami jumpa OKU
OKU dan mereka mereka yang berada dihadapan tadi. Rupanya mereka tersasar dari
laluan. Disinilah gunanya jarak antara kami dan mereka. Ketika mereka berpatah
balik ketika inilah kami bertemu. Kalau tak silap sudah tidak jauh dari Cameron
view. Perjalanan di sambung semula… trek menurun menandakan kami sedang
menghala ke Kg Sg Ruil iaitu kampung orang asli yang mengalamai tanah runtuh tahun
lalu. Trek menurun yang dahulunya boleh berlari kini tidak lagi. Bagaikan menurun
meredah belukar di dalam gua. Sangat berbeza suasananya. Akhirnya kami tiba di padang
bola di mana sekarang ia tidak lagi berbentuk padang bola tapi tanah lapang
yang sedang dimajukan. Bangunan bangunan sedang dibina menggantikan kampong orang
asli sebelumnya. Kami tertanya tanya manalah rumah orang asli pertama yang kami
jumpa dan sering beri makanan lebihan seperti beras dan gula. Bagaimana pula
kami nak lalu sini apabila projek pembangunan di sini sudah siap nanti? Mujur
kali ini kami dapat melaluinya.
![]() |
Buah ni rupa dan saiz macam dukung... isinya masam macam cermai bijinya macam rambai ada urat yang kita boleh putuskan. |
![]() |
Antara sungai yang diredah |
![]() |
Mandi di tempat lunch |
![]() |
Rehat sebentar tarik nafas |
![]() |
Di last waterpoint |
![]() |
Batu sempadan 2 negeri Pahang-Perak |
![]() |
Air kuning keorengan yang dimaksudkan. Rasanya sedikit payau. |
![]() |
Kami yang terakhir |
![]() |
Tiada lagi kampung orang asli di sini |
Hari 4 @ Isnin, 14 April 2014:
Pagi ini kami berjalan kaki ke pekan Tanah Rata. Cuaca tidaklah sesejuk mana. Tiba di tanah rata kami pun sarapan pagi di kedai mamak. Selepas itu Cari bas untuk ke Tapah. Kami beruntung sebab Mirul berjaya bodek aci kaunter tiket untuk naik bas eksress. Kalau tak jawapnya kena tunggu lagi sejam setengah sebab bas antara bandar baru sahaja lepas melepasi kami yang ketika itu sedang angkat beg baru lepas habis sarapan.
Pagi ini kami berjalan kaki ke pekan Tanah Rata. Cuaca tidaklah sesejuk mana. Tiba di tanah rata kami pun sarapan pagi di kedai mamak. Selepas itu Cari bas untuk ke Tapah. Kami beruntung sebab Mirul berjaya bodek aci kaunter tiket untuk naik bas eksress. Kalau tak jawapnya kena tunggu lagi sejam setengah sebab bas antara bandar baru sahaja lepas melepasi kami yang ketika itu sedang angkat beg baru lepas habis sarapan.
Tiba di Tapah kami menunggu lagi dalam dua
jam untuk naik bas ke Kampar pula. Di sini kami pergi makan dulu kat salah
sebuah kedai makan yang aku tak ingat namanya. Tak dapat nak promote kat sini.
Siap makan cadang nak berjalan kaki ke rumah Jaafar… tiba tiba pulak hujan
turun dengan lebatnya jadi terpaksalah kami menunggu lagi sambil memasing dah
boring dah xde apa nak disembangkan sampailah isteri Jaafar sampai selepas dia
pulang dari kerja ambil kami semua. Memasing ambil kereta dan menghala ke
destinasi masing-masing.
Tahun depan kita ke Trans Gopeng-Cameron lagi
dan lagi.
No comments:
Post a Comment
comment form message