Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Thursday, January 19, 2012

Electrocardiography

Baru je tadi aku gi klinik yang sama untuk check balik sakit di dada kiri yang masih belum sembuh sepenuhnya. Kali ni Dr lain pulak. Dr ni pun tanya soalan yang sama dan tekan² dekat dada untuk cari tempat yang sakit. Sakit mungkin sebab otot yang mengembang antara rangka badan menghimpit saraf sekitarnya atau jantung atau kolestrol berlebihan. Kali ni dia suruh aku buat ECG (Electrocardiography) untuk check jantung.

Apakah Elektrokardiogram?
Elektrokardiogram (ECG) ialah rakaman aktiviti elektrik jantung.

Elektrokardiogram memberi anda maklumat tentang:
1-Kehadiran penyakit jantung iskemia. Ini sangat berguna untuk pesakit yang pernah mengalami serangan jantung atau sedang menderita sakit dada. Ia adalah ujian asas yang bagus untuk perbandingan pada masa hadapan. Ia adalah sesuatu yang normal untuk pesakit jantung.
2-Penyakit struktur jantung seperti pembesaran ruang-ruang jantung atau penebalan otot-otot jantung.
3-Keabnormalan ritma degupan jantung sama ada laju atau perlahan.

** info dari http://www.lifecare.com.my/hp_ElectrocardiogramBM.html

Aku diarahkan menjalani ujian ECG atas sebab² yang diitalickan diatas. Tak lama pun ujian ECG, buka baju tampal wayar² pastu run program.. settle. Hasil ECG ni alhamdulillah normal. Bermaksud aku xde masalah jantung. Dr bagi ubat Tramadol HCI 37.5 + PCM 325mg, Orphenadrine Citrate 50mg + PCM 325mg dan Vitamin B1 242.5mg + Vitamin B6 250mg + Vitamin B12 1mg.

Kalau masih tak sihat sepenuhnya juga maka aku kena jalani ujian Kolestrol pulak. Kena makan malam sebelum pukul 11 malam dan esoknya kena jalani ujian Kolestrol sebelum sarapan pagi.

Sakit kat bahagian dada kiri ni bukanlah sentiasa cuma akan sakit bila ada pergerakan seperti nak bangun dari baring atau berkuat guna tangan kiri. Ubat yang sebelum ni dah meredakan sakit dan ubat yang baru dapat ni diharap dapat menyembuhkan sakit ni dengan izin Allah yang maha kuasa. Dialah yang memberi dan Dialah yang mengambil kembali.

No comments:

Post a Comment

comment form message