Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, May 27, 2009

Business Integration | Baja Cacing - Serai



SOALAN YANG LAZIM DITANYA:
PAKEJ SERAI ORGANIK DAN PAKEJ BAJA CACING


Berikut adalah soalan-soalan yang biasa ditanya, diharap dengan jawapan-jawapan yang diberi dapat membantu anda membuat keputusan untuk menyertai kami.

Berapakah modal yang diperlukan ?
i) Modal yang diperlukan adalah mengikut pakej SERAI ORGANIK yang ingin anda ambil :
Pakej A-1/2 ekar: Modal RM3500 - Pendapatan bulanan RM320.
Pakej B-1 ekar : Modal RM7000 - Pendapatan bulanan RM640.
Pakej C-2 ekar : Modal RM14000 - Pendapatan bulanan RM1280.
Pakej D-3 ekar : Modal RM21000 - Pendapatan bulanan RM1920.
Pakej E-4 ekar : Modal RM28000 - Pendapatan bulanan RM2560.
Pakej F-5 ekar : Modal RM35000 - Pendapatan bulanan RM3200.
Pakej G-6 ekar : Modal RM42000 - Pendapatan bulanan RM3840.
Pakej H-7 ekar : Modal RM49000 - Pendapatan bulanan RM4480.
Pakej I-8 ekar : Modal RM56000 - Pendapatan bulanan RM5120.
Pakej J-9 ekar : Modal RM63000 - Pendapatan bulanan RM5760.
Pakej K-10 ekar : Modal RM70000 - Pendapatan bulanan RM6400.

Peringatan : Kesemua pakej-pakej bagi tapak projek dari ½ ekar hingga ke 10 ekar diatas adalah peserta menyewa tapak dengan pihak syarikat bukan hak milik peserta.

Pembayaran bagi setiap pakej dikenakan yuran perjanjian sebanyak RM300.(cth:Pakej B – RM7300) setelah tamat 2 tahun dan ingin renew semula pembayaran pakej mesti bersama dgn yuran perjanjian.

ii) Modal yang diperlukan adalah mengikut pakej BAJA CACING yang ingin anda ambil :
Pakej A: Modal RM6000 - Pendapatan bulanan RM550.
Pakej B: Modal RM12000 - Pendapatan bulanan RM1100.
Pakej C: Modal RM18000 - Pendapatan bulanan RM1650.
Pakej D: Modal RM24000 - Pendapatan bulanan RM2200.

Peringatan :Pembayaran bagi setiap pakej dikenakan yuran perjanjian sebanyak RM300 (cth:Pakej A - RM6300) setelah tamat 2 tahun dan ingin renew semula pembayaran pakej mesti bersama dgn yuran perjanjian.


Bagaimanakah pembayaran bulanan kepada peserta dibuat?
JAWAPAN: Pembayaran keuntungan dibuat ke akaun bank peserta setiap bulan bermula selepas 6 bulan bagi serai organik (tuaian pertama)+ tempoh bertenang manakala selepas 4 bulan bagi baja cacing. Selama 2 tahun (tempoh contract farming).

Berapa kos permulaan untuk pakej serai organik dan pakej baja cacing ini?
JAWAPAN: Seperti dinyatakan diatas.
Jika serai organik atau baja cacing kita sudah sedia untuk di jual, siapakah yg akan menjadi peraih kepada serai-serai organik atau baja cacing tersebut? Adakah saya perlu mencari pembeli untuk serai-serai organik atau baja cacing tersebut?
JAWAPAN: Syarikat kami akan beli semula serai-serai organik dan baja cacing peserta. Peserta tidak perlu mencari pembeli.

Berapa luas kawasan yang diperlukan untuk pakej serai organik dan pakej baja cacing ini?JAWAPAN: Keluasan kawasan berdasarkan pakej yang diambil bagi pakej serai organik manakala bagi pakej baja cacing dengan mesin MK-DVN kami yang mudah alih dan bersih, ianya hanya memerlukan ruang yang kecil untuk ternakan.

Sejauhmanakah halatuju dan masa depan pakej serai organik dan baja cacing ini di pasaran? Maksud saya adakah serai organik dan baja cacing ini merupakan satu trend dan mengikut musim atau ia boleh bertahan lama?
JAWAPAN bagi Pakej Serai Organik:
Permintaan pasaran dunia untuk minyak serai berasaskan baka Paha Ayam meningkat 10% hingga 15% setahun. Pasaran semasa untuk pasaran dunia diantara USD450 hingga USD500 juta setahun. Negara utama pasaran minyak serai ialah Jerman, Amerika, Kanada, Jepun dan Eropah. Serai digunakan dalam industri makanan dan minuman, industri kosmetik & aromaterapi & aerosol.Ketidaktentuan pasaran merupakan faktor utama yang mempengaruhi usahawan untuk melibatkan diri dalam bidang tanaman serai secara berskala besar.Oleh yang demikian usahawan serai mengambil jalan selamat dengan mengusaha tanaman serai secara kecil-kecilan sahaja.Walaupun kos untuk mengusaha tanaman serai tidak setinggi kos tanaman lain seperti gaharu, tembikai, cili dll2, namun usahawan serai belum bersedia untuk mengambil risiko kerana kurang yakin dengan pasaran.Dibawah konsep "Kontrak Tanam & Beli" , usahawan serai tidak perlu cari pasaran kerana hasil serai akan dibeli oleh pihak syarikat. Segalanya selama 2 tahun dan peserta boleh re-new setelah tamat kontrak 2 tahun. Tetapi dari apa yang kami lihat, (memandangkan kami mengambil konsep tanaman dari negara luar) penternak/peladang/petani dari negara luar yang sudah lama berkecimpung dalam penanaman serai mampu mengeluarkan produk-produk baru untuk keperluan manusia. Kita di Malaysia sentiasa kebelakang 5-10 tahun. Maka jika berlaku gangguan dalam pasaran cacing/serai. Kita masih mempunyai 5-10 tahun untuk bersiap sedia menghadapi gangguan itu di Malaysia.

JAWAPAN bagi Pakej Baja Cacing:
Produk utama yang dihasilkan dan mempunyai permintaan tinggi adalah baja kompos. Baja kompos diperlukan setiap hari. Walaupun cacing juga mempunyai permintaantinggi namun masih ditahap R&D. Kami berpengalaman dalam pemasaran produk, maka untuk tidak bergantung kepada pasaran sedia ada, kami menghasilkan produk baja sendiridan menjadi pembekal kepada pengusaha padi, petani dan peladang. (Kami mempunyai rumah kedai iks sebagai kilang baja di Alor Setar). Antara produk yang kami hasilkan adalah makanan ikan dan baja kompos. Tentang bertahan lama atau tidak itu bergantung positif dan negatifnya permintaan. Dan kerana itu juga contract farming kami adalah untuk 2 tahun. Boleh re-new jika habis 2 tahun. Boleh stop untuk 2 tahun saja jika anda sendiri rasa pasaran bermasalah. Tetapi dari apa yang kami lihat, (memandangkan kami mengambil konsep penternakan dari negara luar) penternak negara luar yang sudah 20 tahun berkecimpung dalam penternakan cacing pun masih belum habis R&D dan masih mampu mengeluarkan produk-produk baru. Kita di Malaysia sentiasa kebelakang 5-10 tahun. Maka jika berlaku gangguan dalam pasaran cacing, Kita masih mempunyai 5-10 tahun untuk bersiap sedia menghadapi gangguan itu di Malaysia.

Pakej Serai Organik:
Seandainya saya melabur sebanyak rm7000, 6 bulan adalah untuk setup dan tanaman, setelah itu saya akan menerima rm640 sebulan selama 2 tahun. adakah 6 bulan untuk setup dan tanaman itu termasuk dalam tempoh 2 tahun tersebut?
JAWAPAN: Disini mungkin anda akan keliru sedikit. Sebenarnya kita tuai 6 bulan sekali. Sepatutnya anda dapat income RM3840 setiap 6 bulan, selama 2 tahun. Tetapi kebanyakan peserta mahu income setiap bulan maka kita beri RM640 setiap bulan selepas 6 bulan (maknanya kalau anda mahu 640 setiap bulan, tempoh setup dan tanaman tidak dikira. Anda dapat RM640 setiap bulan selepas tempoh itu selama 2 tahun).Seandainya saya melabur sebanyak rm6000, 4 bulan adalah untuk setup dan ternakan, setelah itu saya akan menerima rm550 sebulan selama 2 tahun.

Pakej Baja Cacing:
Adakah 4 bulan untuk setup dan ternakan itu termasuk dalam tempoh 2 tahun tersebut?JAWAPAN: Disini mungkin anda akan keliru sedikit. Sebenarnya kita tuai 3 bulan sekali. Sepatutnya anda dapat income RM1650 setiap 3 bulan, selama 2 tahun. Tetapi kebanyakan peserta mahu income setiap bulan maka kita beri RM550 setiap bulan selepas 4bulan dan kalau anda mahu RM550 setiap bulan, tempoh ternak dan setup tidak dikira. Anda dapat RM550 setiap bulan selepas tempoh itu selama 2 tahun).


Setelah penghujung dari 2 tahun tersebut, adakah saya akan mendapat kembali modal saya?JAWAPAN: MODAL POKOK tidak dikembalikan. Jika anda mengambil pakej RM7000 contohnya. Titik pulang modal anda adalah pada bulan ke 11. Jumlah besar yang anda akan terima selama tempoh 2 tahun adalah RM15360 = (RM640 x 24 bulan). Anda sudah pulang modal dan mendapat keuntungan.

Setelah saya memberi modal pada pihak anda, adakah saya perlu ikut 'turun padang' atau saya boleh 'lepas tangan'? Adakah ada masa-masanya saya perlu berjumpa dengan pihak anda?JAWAPAN: Semua kerja-kerja tanaman, jual-beli, R&D dan promosi akan dibuat oleh syarikat. Anda tidak perlu turun padang kerana segala-galanya akan diuruskan oleh syarikat dan anda hanya tunggu pendapatan bulanan anda yang akan kami bank-in setiap bulan selama 24 bulan selepas tempoh tuaian dan bertenang.

Adakah loan disediakan?
JAWAPAN: Semua modal / loan dicari/ dikeluarkan oleh peserta sendiri.

Seandainya saya ingin segera menyertai, apa yang perlu saya lakukan? Apakah prosedur yang perlu saya ikuti?
JAWAPAN: Untuk menyertai, Sila SMS/telefon saya. Kita akan berbincang mengenai:
1- Cara pembayaran modal/pendapatan bulanan
2- Surat Perjanjian
3- Lain-lain
Apa yg anda baca adalah salah satu cara mendapatkan pendapatan pasif secara tetap untuk suatu tempoh yg tetap. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

3 comments:

  1. SOALAN :
    1. BERAPA BANYAK TANAH YANG SYARIKAT ADA UNTUK SEDIAKAN PADA PESERTA? TAKKAN TAKDE KUOTA?

    2. HARGA PASARAN CACING TENTUNYA BERUBAH-UBAH.jADI MACAM MANA LAK SYARIKAT BOLEH TENTUKAN PENDAPATAN TETAP PESERTA SETIAP BULAN. LAGIPUN KEUNTUNGAN TETAP KAN HARAM.

    3. KALAU PENDAPATAN TETAP DITENTUKAN, DAN KATAKAN HARGA CACING MERUDUM ATAU NAIK MELAMBUNG TENTUNYA AKAN MENGANIAYA SALAH SATU PIHAK SAMA ADA SYARIKAT ATAU PESERTA.

    4. BAGAIMANA KALAU CACING DILANDA PENYAKIT DAN MATI?APAKAH JAMINAN PADA MODAL PESERTA?ADA INSURANS KE TERHADAP CACING2 TU?

    ReplyDelete
  2. Zayad...
    jawapan utk soalan ko ada kat post: SOALAN SOALAN ZAID PADA May 28, 2009 9:37 PM:

    thank for asking.

    ReplyDelete
  3. Hello brother ! Ini nampak macam lagi satu skim cepat kaya and cepatlah koyak !!!

    Ada tak gurantee dari sesiapa yang bulanan akan dibayar ???

    ReplyDelete

comment form message