Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Friday, May 29, 2009

Jawapan Utk Soalan za|d [Comment][May 28, 2009 9:37 PM][Business Integration | Baja Cacing - Serai]

SOALAN SOALAN ZAID PADA May 28, 2009 9:37 PM:

1. BERAPA BANYAK TANAH YANG SYARIKAT ADA UNTUK SEDIAKAN PADA PESERTA? TAKKAN TAKDE KUOTA?
- 2000 ekar sahaja.....kuota akan tutup selepas 2000 ekar ni habis disewakan kepada peserta dgn syarat kontrak farming selama 2 tahun sahaja.

2. HARGA PASARAN CACING TENTUNYA BERUBAH-UBAH.
- kite buat baja kompos.. cacing akan diasingkan untuk jualan lain... perkara utama adalah baja kompos itu tersebut yang dapat menhasilkan produk baja berkualiti.

3. JADI MACAM MANA LAK SYARIKAT BOLEH TENTUKAN PENDAPATAN TETAP PESERTA SETIAP BULAN.LAGIPUN KEUNTUNGAN TETAP KAN HARAM.
- syarikat share profit dgn customer setelah mengira budget yang boleh diberikan pada customer sebagai fix income utk memudahkan syarikat bayar pada customer mengikut pakej yang diambil atau dikire seperti gaji bulanan...bergantung pada niat kite..pekerjaan yang kite ada pun gaji tetap...

3. KALAU PENDAPATAN TETAP DITENTUKAN, DAN KATAKAN HARGA CACING MERUDUM ATAU NAIK MELAMBUNG TENTUNYA AKAN MENGANIAYA SALAH SATU PIHAK SAMA ADA SYARIKAT ATAU PESERTA.
Produk utama yang dihasilkan dan mempunyai permintaan tinggi adalah baja kompos. Baja kompos diperlukan setiap hari. Walaupun cacing juga mempunyai permintaan tinggi namun masih ditahap R&D. Kami berpengalaman dalam pemasaran produk, maka untuk tidak bergantung kepada pasaran sedia ada, kami menghasilkan produk baja sendiri dan menjadi pembekal kepada pengusaha padi, petani dan peladang. (Kami mempunyai rumah kedai iks sebagai kilang baja di Alor Setar). Antara produk yang kami hasilkan adalah makanan ikan dan baja kompos.
Tentang bertahan lama atau tidak itu bergantung positif dan negatifnya permintaan. Dan kerana itu juga contract farming kami adalah untuk 2 tahun. Boleh re-new jika habis 2 tahun. Boleh stop untuk 2 tahun saja jika anda sendiri rasa pasaran bermasalah. Tetapi dari apa yang kami lihat, (memandangkan kami mengambil konsep penternakan dari negara luar) penternak negara luar yang sudah 20 tahun berkecimpung dalam penternakan cacing pun masih belum habis R&D dan masih mampu mengeluarkan produk-produk baru.
Kita di Malaysia sentiasa kebelakang 5-10 tahun. Maka jika berlaku gangguan dalam pasaran cacing, Kita masih mempunyai 5-10 tahun untuk bersiap sedia menghadapi gangguan itu di Malaysia.

4. BAGAIMANA KALAU CACING DILANDA PENYAKIT DAN MATI?APAKAH JAMINAN PADA MODAL PESERTA?ADA INSURANS KE TERHADAP CACING2 TU?
- Positif negatif jika sesuatu berlaku pada cacing adalah nasib bergantung pada cacing itu. Sebab itu, dgn apa segala mustahil yang boleh berlaku, company sudah awal2 memberitahu akan tetap bayar pada customer mengikut perjanjian 2 tahun yang telah dibuat. Company ada insurans pada syarikat, produk dan tanah yang disewakan pada customer. Pulangan modal peserta tidak akan dikembalikan kerana customer akan dapat keuntungan selama 2 tahun dan ianya terjamin.
- company ini tidak hanya bergantung pasa business baja cacing sahaja tetapi ada business machine waste management system, ice-blended, makanan ikan, bio-tech project dan projek serai pula adalah untuk pasaran ekportkan di United Kingdom.

No comments:

Post a Comment

comment form message