Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Friday, September 27, 2013

Menarik Sekitar Felda Residence Tanjung Leman



Ada beberapa perkara yang menarik minat aku sekitar sini... cukuplah kiranya aku tunjukkan gambar dan juga sedikit info hasil daripada pandangan mata dan deria rasa aku.



Signboard

Terdapatnya signboard amaran kawasan haiwan berkeliaran sekitar perjalanan datang melalui Kulai. Bukan setakat jenis haiwan yang menarik minat aku malah gambar yang di paparkan di signboard juga menggelikan hati aku. Untuk tatapan cuma signboard monyet sahaja aku paparkan. Untuk signboard tapir dan gajah dsb kenalah datang sendiri. Gambar gajahnya jika tidak silap tidak sama seperti melalui Tasik Banding.









KFC

Kentucky Fried Chicken... Siapa sangka adanya KFC di sini! Sama sekali aku ingatkan kawan aku cuba mengenakan aku dengan menyatakan adanya KFC di sini. Rupa² betul... siap mengadap laut lagi. Terletaknya KFC ni di Jeti Tg Leman.







Mee Bandung

Sedap... itu perkataan pertama yang aku ucapkan untuk sudu pertama yang masuk ke mulutku. Sehingga sudu yang terakhir juga sedap... tidak memualkan atau apa² yang boleh menjejaskan selera aku. Aku tidak rasa mee bandung ni telah di masak siap² cuma perlu dituangkan kuah sahaja bila diminta tapi di masak bila ada permintaan sahaja memandangkan jumlah masa yang diambil pemilik kedai. Untuk merasai mee bandung yang sedap ni bolehlah ke pantai tg leman dan cari kedai no 4 bersebelan surau. Last word is recommended.


Sentuhan Kasih FELDA

Projek FELDA ini adalah khas untuk generasi ke-dua FELDA sahaja bermaksud anak peneroka. Disyaratkan lagi mestilah yang sudah berkahwin tidak kira anak perempuan atau anak lelaki. Kerja yang mereka bakal lakukan bukanlah meneroka sepertimana yang dilakukan oleh mak ayah mereka sebelum ini tetapi lain ceritanya.







Yang menarik tak semestinya sesuatu yang mahal atau cantik. Cukup sekadar tertarik di hati terpikat dek mata.


What To Do - Felda Residence Tanjung Leman



Macamana nak pergi sudah dijelaskan juga penginapan turut dijelaskan. Kini tiba apa pula yang boleh dilakukan di sini. Ini yang paling menarik untuk diceritakan. Takkan nak check in pastu tido je kot kan...


Bola Tampar & Bola Sepak Pantai

Kedudukan kedua dua gelanggang yang berhampiran membolehkan kumpulan yang ramai bermain pada waktu yang sama. Memandangkan kami yang pergi amatlah sikit sehinggakan nak cukupkan 1 pasukan volleyball pun susah inikan pula nak buat dua pasukan. Kalau nak buat pasukan bola tampar pantai yang dua orang sepasukan tu cukuplah tapi jawapnya masing² tengok je la bola tu mencecah pasir. Gelanggang bola sepak pantai pula kami tengok jela... besar sangat untuk kami yang berapa kerat ni.

Kolam Renang

Tidak pula rasa nak mandi laut pada petangnya sebab tak nak tertelan air masin... (next time)² jelah. Kolam renang dia menarik... tidak berbentuk empat segi tepat semata².


Snorkelling

Untuk aktiviti ini aku di bawa ke pulau sibu kukus kurang sejam perjalanan menaiki bot dari jeti tg leman yang hanya beberapa minit perjalanan sahaja. Pantainya yg putih bersih... air yang jernih... menarik perhatian untuk bersantai di sini. Snorkelling melihat ikan² berwarna warni comel² dan coral yang cantik membuatkan rasa nak sentuh je. Tidaklah disentuh lagipun bukannya sampai pun.

Kayak

Aktiviti yang sudah lama aku tak buat... rindu juga nak berkayak di laut... last sekali berkayak di laut masa kursus rekreasi di Pulau Pangkor suatu masa dulu. Bagi yang ingin berkayak... pihak resort ada menyediakan kemudahan ini beserta insuran sekali. Hanya perlu tanya pada staff yang bertugas..


Karaoke

Biliknya luas dan banyak pilihan lagu. Dalam banyak² lagu tu satu pun aku tak tahu nak pilih sebab aku bukannya kaki karok tapi kawan aku ni kalau ada peluang mulalah dia pilih lagu nostalgia.


Aktiviti di sini lebih menarik dan kecoh jika dalam satu kumpulan yang besar... barulah semua aktiviti boleh dilakukan bersama. Kalau couple... tak pandang dah bola sepak pantai dan bola tampar pantai tu... Ada je aktiviti lain yang boleh dibuat seperti kayak, berendam dsb.



Wednesday, September 25, 2013

Accomodation - Felda Residence Tanjung Leman



Sesudah sampai pastinya kunci bilik yang dinantikan. Kadar menunggu untuk check-in hanyalah sekadar menghabiskan nyawa candy crush saga sahaja. Terdapat beberapa kategori bilik untuk berehat dan tidur untuk dipilih mengikut kesesuaian sendiri. Antaranya...

Superior Room:
Selesa untuk dua orang malah boleh muat untuk tiga orang cuma perlu tambah extra mattress. Tv, toiletries, tuala, penghawa dingin dsb lengkap. Bagi bilik di tingkat atas... siap ada balkoni lagi. Pengalaman aku bermalam di bilik ini terasa malas nak bangun pagi.

Deluxe Room:
Sesuai bagi yang berpasangan. Katil saiz queen ini cukup selesa untuk tidur sebelah menyebelah berkongsi selimut yang sama. Juga ada balkoni dan kelengkapan biasa yang lain. Terhad kepada 8 unit sahaja.

Suite Room:
Terhad kepada 2 unit... bilik suite ini lebih sesuai untuk family atau sekumpulan bff. Bilik suite ini lebih mudah diceritakan begini. 3 bilik digabungkan menjadi 1 melalui 2 connecting door. Bilik pertama ada katil saiz king x1 dan sofa x1, bilik kedua ada katil single x2.

Diantara kedua² bilik ini ada ruang tamu dilengkapi sofa dan pantri. Terdapat kerusi rehat beserta meja di balkoni bilik suite ini.

Hanya tangga untuk ke bilik di aras atas. Bagi yang kurang tenaganya bolehlah meminta untuk di beri bilik atas tanah atau lebih popular dengan nama bilik ground floor.

Bukan setakat bilik² ini sahaja terdapat di sini malah dormitory juga disediakan sesuai untuk rombongan pelajar sekolah.


Wednesday, September 18, 2013

How To Go - Felda Residence Tanjung Leman


Felda Residence Tanjung Leman... sekian lama menanti akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki di sini. Kesibukan kerja membuatkan trip ini ditangguh beberapa kali. Pada cuti hujung minggu 1 Malaysia 2013... bertemankan sahabat yang dikenali lebih sedekad lamanya... trip ini menjadi kenyataan... dari Bdr Sri Permaisuri... ia bermula. Tidak melalui Muadzam Shah juga tidak Kulai tapi Kluang menjadi pilihan kali ini.

000km | 1030hrs :
Bertolak dari Bdr Sri Permaisuri memandu ke arah selatan melalui Lebuhraya Sg Besi. Awal² lagi hujan menemani kami ketika melepasi Kg Malaysia Tambahan seterusnya memasuki Lebuhraya KL-Seremban. Perjalanan diteruskan lagi melalui Lebuhraya PLUS. Sepanjang perjalanan boleh dikatakan cuaca mendung dan hujan.

239km | 1258hrs :
Keluar Tol Ayer Hitam... bayar tol RM32.40 untuk kereta. Selepas tol belok ke kanan dan anda akan nampak stesen minyak Petronas di sebelah kanan. Di sini bolehlah untuk menambah bekalan bahan api samada petrol atau diesel. Teruskan saja memandu lurus sepanjang Jalan Mersing. Ambil pukul 12 untuk semua bulatan yang ditempuhi dan terus untuk semua simpang yang ada sehinggalah tiba di Jemaluang. Sepanjang perjalanan terdapat banyak stesen minyak di kiri dan kanan juga masjid. Di pekan Kluang bolehlah makan di restoran asal Kluang Station iaitu di Stesen Keretapi Kluang. Seperkara yang menarik dalam perjalanan kami terdapatnya signboard² yang jarang dilihat seperti monyet, tenuk dan gajah. Tidak seperti signboard lembu yang mudah dilihat di mana².

341km  | 1537hrs :
Tiba di Jemaluang. Di simpang tiga ini... belok kanan arah ke Kota Tinggi dan teruskan memandu sehingga melepasi RISDA Sungai Ambat barulah belok ke kiri. Jika terlepas maka akan terus ke Ulu Sedeli. Memilih jalan ini bererti bersedia untuk memandu perlahan sekiranya terdapat banyak lori dan treller di hadapan. Kami bernasib baik kerana kurang 5 buah lori sahaja yang perlu di potong aka overtake.

362km | 1601hrs :
Melepasi sahaja stesen minyak BHP akan nampak simpang tiga...maka beloklah ke kiri ikut signboard KFC. Macam tak percaya kan kat sini pun ada KFC. Benar² ada atau signboard semata² akan diketahui nanti.
Teruskan sahaja memandu... ikut sahaja signboard Tg Leman.

386km | 1625hrs :
Tiba di destinasi yang dituju iaitu Felda Residence Tanjung Leman setelah mengharungi perjalanan selama lebih kurang 6 jam. 6 jam mewakili memandu Toyota Fortuner termasuk singgah di beberapa stesen minyak dan juga makan tengahari.





Monday, September 9, 2013

Aku Tidak Punya Hak...


Sudah menjadi sifatku atau prinsipku untuk tidak menghalang sesiapa pun membuat keputusan yang mereka suka. Tidak pula aku suka sesiapa pun membuat keputusan untuk aku. Setiap kali halnya semacam ini berlaku maka segera berlegar² di fikiranku "Siapakah aku nak menetapkan keputusan mereka?"... "Siapa pula mereka nak menetapkan keputusan untuk aku?" ... "Siapa aku?" ... "Apa hak aku?" ... "Siapa mereka?" ...  "Apa hak mereka?"


Mengapa perasaan membuat keputusan untuk orang lain ini wujud? Adakah wujudnya disebabkan

  • sifat ingin menguasai insan yang lebih lemah?
  • atau dengki akan insan yang lebih berjaya?
  • atau cemburunya akan insan yang sedang bergembira?
  • atau sayangnya akan seseorang? 

Apa pula rasanya ditetapkan keputusan? Adakah berasa

  • terkongkong?
  • atau rasa marah yang menyirap?
  • atau rasa suka kononnya disayangi?
  • atau rasa bangga yaamat?

Bilakah seseorang itu ada hak untuk membuat keputusan untuk orang lain? Bilakah pula seseorang itu patut patuh akan keputusan orang lain?


Tuesday, September 3, 2013

Cameron Highland - Misi Sekunder



Hujung Ogos yang lalu aku pergi ke Cameron Highland lagi. Misi sekunder kali ini ialah singgah di suatu tempat menarik yang aku panggil Mountain View dan juga sejauh manakah sebuah kereta Proton Persona standard mampu pergi untuk isian penuh.

Bermula di Shell Bdr Sri Permaisuri... Personaku diisikan dengan minyak RON95 berjumlah RM70.00 dan trip disetkan kepada 00.00km. Ketika ini minyak RON95 belum naik RM020 lagi.


000.0km : Shell Bdr Sri Permaisuri
- Meronda sekitar Kuala Lumpur dan kawasan sekitar... trafik lancar.
- Masuk PLUS melalui Tol Jalan Duta.
             

067.4km : R&R Rawang
- Berhenti sebentar kerana sejuk... sesuatu perlu dialirkan keluar.
- Pemanduan ke sini sekitar purata 110km/jam... 7.6 ltr/100km... trafik lancar    


160.5km : Hentian Sebelah Ladang Bikam
- Berhenti sebentar kerana sejuk... sesuatu perlu dialirkan keluar lagi.
- Pemanduan diteruskan dalam keadaan cuaca hujan dan jalan basah... 6.9 ltr/100km... trafik lancar.
- Keluar Tol Tapah dan mengambil jalan lama ke Cameron Highland... jalan kampung
- Singgah sebentar di Kuala Woh sekadar melawat. Air keroh... masih menyusuri jalan kampung.
- Singgah lagi kali ini di Lata Iskandar pula. Cuaca baru sahaja reda dari hujan. Air jernih sejuk.
- Sambung perjalanan menyusuri jalan bengkang bengkok berselekoh tajam.
- Turapan jalan bertampal² dan berlubang. Pembinaan longkang sepanjang lereng bukit.
- Berhati² ketika memandu kerana kenderaan berat juga menggunakan jalan ini.
- Layankan saja selekoh dengan gear tiga cuma sesekali gunakan gear dua dan empat.
- Melepasi Pekan Ringlet.... ada stesen minyak Shell di sini.


242.6km : Tanah Rata
- Tiba di Tanah Rata. Pemanduan ke sini sekitar 60km/jam... 7.4 ltr/100km.
- Misi sampingan ke BOH Plantation melalui sudut tinjau romantik di ladang teh dsb.
- Bergerak ke Mountain View dari Pekan Brinchang mengambil masa 45minit.
- Pandu saja ke arah Simpang Pulai. 45minit ketika cuaca hujan biasa² dan hujan lebat.
- Misi separa berjaya kerana tiba di Mountain View dalam cuaca hujan.
- Tiada pemandangan dapat dirakamkan.
- Teruskan perjalanan pulang ke Bdr Sri Permaisuri melalui jalan Simpang Pulai-Cameron HIghland.
- Trip kali ini aku teruskan saja ikut jalan lama dan singgah sebentar di UTC Gopeng sekadar melawat.
- Teruskan perjalanan melalui Pekan Gopeng .. Pekan Kampar seterusnya masuk Tol Tapah


542.5km : Tol Jalan Duta
- Tiba di sini dengan selamatnya. Berehat sebentar sebelum isi minyak lagi dan sambung perjalanan balik.


INFO:
- Jumlah jauh perjalanan isian penuh 542.5km bernilai RM70.00
- Purata penggunaan petrol adalah 6.8 ltr/100km
- Tempoh masa enjin beroperasi adalah 11 jam 7 minit.
- Tol Jln Duta ke Tol Tapah sebanyak RM19.40
- Tol Tol Tapah ke Jln Duta sebanyak RM19.40
- Kos keseluruhan untuk minyak dan tol sahaja mencecah RM108.80
- Untuk penginapan bolehlah survey harga di AgodaBookingFastbookingWotif
- Juga web rasmi hotel² apartment² chalet² guest house².


Akan aku ke Cameron Highland lagi... Mountain View... Pemandangannya belum dikenangankan.