Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Thursday, July 18, 2013

MAH Charity Tresure Hunt 2013 - Cerita



Sabtu, 6 Julai 2013

Flag off di Butter Factory Jln Kia Peng KL pada pukul 7.30pagi. Sudah pasti kami tiba lebih awal untuk mendengar final briefing juga mengambil goodies beg yang berisi soalan² untuk dijawap sepanjang perjalanan nanti. Sempat juga kami menjamu nasi lemak dan teh o panas yang disediakan di sini. Kali ini CCP 9786 beraksi sebagai car number 21. Adakah nombor ini akan membawa tuah? Harap²nya begitulah.
Buat pengetahuan ini adalah kali ke dua aku menyertai tresure hunt. Kali ini juga aku bertindak sebagai navigator manakala KJ bertindak sebagai driver. Dua lagi rakan kami akan membantu menjawap dan menulis jawapan. Sebagai driver, KJ akan memandu berdasarkan arah yang akan aku berikan. Aku pula sebagai navigator akan membaca arah berdasarkan tulip, jarak dan landmark juga memberitahu semua ahli akan ada soalan beberapa meter dihadapan dan di sekitar mana.

Bermula dari Butter Factory kami terus menghala ke Plaza Tol Sg Besi seterusnya mengambil Exit 218 | Seremban/Labu seterusnya keluar melalui Plaza Tol Seremban. 1150 meter kemudian, kami jawap soalan pertama iaitu "Local Warrior provides protection". Jawapan terdapat disepanjang jalan bermula dari signboard "Idaman Jauhari Sdn. Bhd". Soalan pemanas badan sudah pasti senang dan jawapannya ialah WIRA Security Services Sdn Bhd kerana warrior apabila dialih bahasa ke bahasa melayu menjadi pahlaman atau wira. Tulip demi tulip kami lalui soalan demi soalan kami jawap. Semua sekali 9 soalan sehinggalah kami masuk balik Plaza Tol Seremban selepas sekadar lalu di hadapan Columbia Asia Medical Centre untuk menuju ke Melaka. Keluar Exit 220 | Senawang/Seremban/K.Pilah dan membayar tol di Plaza Tol Senawang.

Dari sini pula kami melalui Bandar Seremban Selatan, Wet World, pekan Rembau dan juga A'Famosa. Ada 11 soalan yg perlu di jawap sepanjang perjalanan sebelum masuk semula ke highway melalui Plaza Tol Simpang Ampat. Soalan ke-19 berbunyi begini, "Cartoonist caught in our month." Jawapannya ialah sebuah restoran makan iaitu Restoran meLATi. Bukankah kartunis yang popular dengan komik kampung boy bernama Lat? Dari sini kami memecut untuk tiba di Hentian Sebelah Kg Bemban untuk serahkan jawapan Bahagian Satu sebelum pukul 1.00 petang. Jika lewat kami akan tersingkir. Nasib menyebelahi kami kerana kami tiba tepat pada masanya.

Masuk semula ke highway dan kami diarah untuk menyinggah di RnR Pagoh dan RnR Machap. Di RnR Pagor kami perlu menjawap 3 soalan. Salah satu daripadanya ialah "Sounds like father went to coffee shop". Difahamkan Sounds like disini bermaksud bunyinya seakan², father iaitu ayah|abah|daddy|papa, coffee shop iaitu kedai kopi|kopitiam|cafe. Di RnR Pagoh ni terdapat satu gerai makan bernama PAgoh KOPITIAM... jadi inilah jawapannya. Di sini juga kami makan tenghari untuk mengisi perut yang telah mula berkeroncong. Di RnR Machap pula ada 5 soalan bonus... salah satu soalannya ialah "Lady we are legal" yang bermaksud Lady iaitu seorang wanita|perempuan, we are bermaksud KAMI, dan legal bermaksud SAH. Maka jawapan yang ada kaitan ialah gerai makan KAMISAH binti Isnin.

Sambung semula perjalanan untuk menjawap baki 7 soalan. Exit 253 | Senai/Nusajaya kemudian bayar tol di Plaza Tol Senai Utara  Exit 304 | Senai/Ulu Tiram seterusnya Exit 301 | Senai. Soalan terkhir berbunyi "Panic around a son" bermaksud panic disekeliling son membawa kepada kilang PANaSONIC. Selesai sudah menjawap pelbagai soalan memecah kepala barulah kami tiba di Le Grandeur Palm Resort Hotel untuk hi-tea dan penyampaian hadiah. Jarak perjalanan kami tanpa sebarang terlajak dan u-turn ialah 273.70km. Sudah tentulah odometer kami lebih banyak daripada itu.

No. 21 kami bertuah kerana dapat cabutan bertuah 2 hari 1 malam beserta sarapan pagi di KSL Hotel Johor Bharu iaitu tempat yang sama kami bakal menginap malam ini. Perjalanan ke KSL Hotel juga berpandukan tulips.




No comments:

Post a Comment

comment form message