Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Tuesday, May 14, 2013

Deuter Trail Fun Run 2013 Menepati Tema

12-05-2013

'Bayar untuk lari'... itulah ayat yang aku selalu bagi pada kawan² aku yang giler marathon. Berbekalkan semangat setiakawan dan outdoor... akhirnya aku juga mencuba untuk 'bayar untuk lari' ini. Deuter Fun Trail Run... adalah marathon atau running aku yang pertama. Buat masa ni aku akan join yang ada perkataan trail je bermaksud marathon atas jalan raya aku masih tak join. At least aku join juga korang kan guys...

Pengalaman kali pertama menyeronokkan walaupun terpaksa bangun awal. Lepas subuh je terus bergerak ke Taman Cabaran Putrajaya di mana lokasi ini berlangsung. Tanpa sebarang latihan jasmani... aku hanya mampu berharap tidak akan pancit nanti. Di Taman Cabaran Putrajaya... larian bermula pada pukul 8.00 pagi yang mana biasanya adalah masa tamat untuk marathon jalanraya.

Team kami enjoy sepanjang aktiviti berlangsung. Nak kata berlari memang sikit sangat pun... masa turun dan mendaki bukit je... masa jalan datar aku berjalan je. Pantang ada sesuatu yang lain sikit je kami bergambar. Larian sejauh 7km tidaklah terasa mana pun mungkin disebabkan sentiasa berkumpulan dan kejar mengejar. Semuanya berpunca daripada Ain yang berlari meninggalkan kami semua. Apa lagi sebagai abang² kami pun mengejarlah adik yang bagai lipas kudung ni. Last² kami pulak yang tunggu dia. ehehehe.

Kami semua sangat menepati tema iaitu 'Fun Run' dan kerana itu jugalah kami mengambil masa hampir 2 jam untuk menghabiskan 7km yang mana boleh dihabiskan kurang satu jam oleh pelari yang bersungguh². 2 jam kerana banyak berjalan dan bergambar.

Dengan kru pun jadi

trek berbasikal rupanya 

melihat keindahan putrajaya

posing sebelum acara bermula

menunggang basikal la kononnya

lengang lagi masa ni

semua kepala ke kanan ad...

kami bawa mereka pulang

kat pokok ni pun jadi

4x4 JPAM pun kami sapu

panas pun sanggup

eh eh eh

mana org lain ni kami dah sampai dah

amoi ni pun join sekali

tunggu turn untuk berlari


1 comment:

  1. bayar tuk lari kann...hahahaaaaa so lps ni kite join Salomon X-Trail Run plak yer...nak menepati tema ko punyer pasal...

    ReplyDelete

comment form message