Cuti CNY selama 4 hari digunakan sebaiknya. Untuk pendakian ke bukit tabuh dari arah Taman Saga cuma memerlukan 1 hari shj. Jadi kami memilih hari Selasa 12 Feb 2013.
Taman Saga terletak di Ampang. Di penghujung Taman Saga ni ada Jalan Saga 28. Di Jalan Saga 28 ni ada 1 tangga besi. Di tangga besi ni pula adanya trek untuk memulakan mendaki ke Bukit Saga.
Mendaki dan terus mendaki sehinggalah jumpa khemah dimana ada tokong cina di bawahnya. Kat sini pilihlah samada nak trek A, B atau C. Kami memilih untuk terus mencanak dan mencanak dengan melalui Trek C. Boleh tahan jugalah treknya disebabkan canak diawal pendakian. Tapi tidak perlu risau... selepas berehat seketika dan enjin pun sudah panas... semuanya berjalan lancar. Trek punya trek sampailah kami di satu simpang di mana pilihan di kaki anda. Hendak ke waterfall sila terus jika hendak berehat sebentar sila belok ke kanan.
Pilihan kami sudah pasti terus iaitu ke waterfall. Memang motif kami nak mandi di waterfall. Trek kali ini lain sikit... tak sama macam mendaki tadi kerana edisi menuruni bukit bermula. Berpegang pada tali.. menapak dengan berhati hati.. itulah kerja kami kali ini selain snap sana snap sini. Akhirnya kami jumpa air yang mengalir dari paras yang sedikit tinggi. Ia bukan waterfall sekadar air mengalir tenang sahaja. Di sini, 1 pasangan mantap meneruskan perjalanan mencari waterfall yang dihajati manakala aku meneman selebihnya yang asyik mengambil gambar kasut sendiri. Ketika baru hendak meneruskan perjalanan... fon aku berdering... "Waterfall dah jumpa... ko terus je ikut lereng bukit. Aku tunggu kat sini." Bagitau kat rakan² yang lain dan teruskan perjalanan. Melangkah dan melangkah... sekejap sahaja dah tiba di waterfall. Yeah!!! inilah waterfall yg aku datang dulu² dgn Mat Kedah pada October 2009.
Mandi² lepak² sambil makan maggie kari... nasi lemak.. tam tam dan minum teh o limau suam. Snap snap snap... itu sudah pasti dan tidak boleh tidak pasti berlaku. Setelah puas melepak dan mandi barulah kami pulang. Tidak melaui trek yang sama tapi melaui trek lain yang tidak pasti. Kami menghala ke arah cheras kemudian belok ke kanan kerana tahu Taman Saga di sebelah kanan. Keputusan diambil berdasarkan pengalaman mengetuai kumpulan sendiri mendaki Bukit Pangkor ketika Kursus Rekreasi Level II satu ketika dahulu. Perjalanan diteruskan melalui trek mudah. Kalau nak berlari pun boleh... larat tak larat je. Bukan sekadar menulis tapi telah mencuba untuk beberapa puluh meter. Jalan punya jalan sampailah kami di Station 5 kemudian ambil signboard ke Station 6 kemudian terus lagi dan memilih trek A untuk kembali ke Jalan Saga 28 seterusnya ke parking kereta. Trip mendaki tamat di sini... pencarian makan tengahari diteruskan.
baru baca entry bukit saga ... ni la last hike kite kan ... :P
ReplyDelete