Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, October 21, 2009

KBF KBG, Outstation ke Holiday?




Ditugaskan untuk site visit ke KBG & KBF di Kota Bharu Kelantan amat mendukacitakan aku. Bagi menggantikannya dengan sukacita… maka aku merancang sesuatu malah bersedia akan segala ketidakselesaan emosi dan fizikal yg bakal dihadapi.

7 Oktober 2009, Rabu;Aku bersama partner dibenarkan pulang awal seawal lunch time memandangkan bas akan bertolak pada pukul 9.00mlm. Dikala lunch time, dgn sengajanya kami melepak memandangkan tak payah nak masuk opis dah. Saja nak tengok kawan2 yg makan sesama tertunggu2 bila nak masuk opis. Berhasil juga uji kaji yg dijalankan ni kerana ada yg bertanya. Haluan aku seterusnya pulang ke rumah untuk berkemas. Seperti biasa aku dah pun pinjam haversack Ad sehari lebih awal, dia yg paling dekat yg ada haversack yg agak sesuai saiznya ngan trip aku kali ni. Berdasarkan pengalaman dgn Mydin, apabila outstation eloklah kiranya bawa sendiri toiletries, tuala dan iron.. iron board tak payahlah. Manalah tahukan kot2 diperlukan. Dan satu lagi bukan tak boleh pakai t-shirt Mydin je masa outstation tapi pakai kemeja akan memudahkan lagi proses bekerja di branch J. Selepas maghrib kami dihantar oleh driver Mydin ke Sek17 S.A. Dari sini bermulalah episod kegeraman yg telah disangka sejak awal lagi. Relax2 gi makan dulu sambil tunggu bas sampai. Bas yg sampai dah best sbb bas double-decker tapi malang pertama utk kami bas tu ada 4 seat sebaris. Maknanya sempit… ambiklah bas yg 3 seat sebaris je… alahai. Nasib baiklah kami ni x bersaiz dable, 3ple or 4ple. Kalau tidak… nanyelah jawapnya sepanjang mlm. Pembeli tiket kata bas ni tak singgah kat Hentian Putra tapi tempat 1st yg bas ni singgah dekat dgn PWTC. Erm… camner tuh.

8 Oktober 2009, Khamis;Sebelum subuh lagi kami dah sampai pekan KB… apa yg aku nampak ada hentian teksi sekali. Ada lagi yg aku nampak… sebuah Avanza hijau dah siap menunggu utk bawa kami pergi ke tempat penginapan. Buat kerjanya nanti kat KB je tapi tempat bermalam kami nun di Kubang Kerian… Apartment Maharani namanya. Sampai kat sana ingatkan dah ada bilik ditetapkan sekali kena tgk bilik mana yg kosong mendangkan Mydin sewa beberapa rumah untuk stafnya. Check punya check pilih punya pilih… dapatlah bilik di tingkat 1, naik tangga jelah sebab memang xde lif pun. Masuk je pintu rumah aku nampak 2 pasang sandal. Aik!! Sandal!!! Letak kat pintu rumah je xyah simpan dlm bilik sendiri. Nak pasang lampu bilik pulak… suisnya kat ruang tamu. Klakar klakar! Dah penat sangat… tido.

Paginya driver datang ambik dekat2 pukul 10pg lepas hantar staff lain ke warehouse dsbnya. Sampai kat KBF, kami cari IT staff sana sbb ada hardware yg nak ditest dgn system POS yg baru. Pastu kami cari chief cashier pulak nak tahu serba sikit keadaan kat sana dan bagitau sedikit info pasal system baru nanti. Sebelum kul 12t/hr lagi aku dah kontek kawan ym . So, lunch time kami gi makan hidang kat Ulam Cikgu. Menu kami 3 pinggan nasi putih, air bandung sejug sedang, ulam pegaga & salad, ikan keli goreng sekor, ikan patin masak gulai tempoyak sepotong, ayam goreng seketul, ikan bakar 2 ekor saiz ikan sardin kecik je direndam separuh badannya dalam budu+sambal belacan+tempoyak. 3 org punya makan RM20 je. Lepas makan kami lalu kejap dekat muzium seni sambil ushar2 kraftangan Klate. Blh tahan juga kreatifnya. Ada juga la yg aku berminat yg diperbuat drp papan tebal. Hihihi. Masa pergi and balik makan ni blh pulak kawan aku ni pekena aku dgn selamba je jln kat tgh panas padahal aku dah lap2 peluh dah tapi dia buat2 tak nampak je. Dia pulak tak berpeluh langsung… dah biasa gamaknya… geramnya aku. Sebelum menyambung perjalanan pulang ke KBF sempat lagi kami melahu kat depan ASNB borak2 dulu. Lepas tu pergi 7E cari air pastu pulak baru balik KBF. Tiba di KBF, aku laju je masuk buat mcm kat MMB dulu. Sambung buat testing sampai pukul 5.30. Sebelum tu aku dah kontek kawan aku sorang lagi. Nak jumpa dia dan gi lepak mana2. Nak dijadikan cerita tiba2 dia ada hal mlmnya dah book kolam mancing… cuma dapat lepak makan jelah petangnya tak jauh dari Maharani. Time tu memang hujan lebat… aku dibelanja lagi… kali ni aku makan belut paprika pulak. Sikit punya pedas daaa. Kawan aku siap cakap “Ko ingat masakan Kelantan semua manis2 ke!” memang pun aku ingat gutu. Terkena aku kali ni dah mcm makan kat Melaka. Dah habis makan.. tulang2 belut tu aku susun keliling pinggan nak tgk bape panjang yg dimasakkan utk aku. Adalah dlm sejengkal panjangnya. Ada dalam sejam kami menghabiskan masa sama2 lepas tu dia hantar kami balik ke Maharani.

Lepas mandi dan buat apa yg patut… keluar lagi. Kali ni dgn buyer2 pulak. 1 High Ace dinaiki 10 org mencari tempat makan tanpa ada arah tuju. Perjalanan menghala ke Gua Musang berdasarkan signboard, sekali driver nampak port mkn baik punya… x cakap bayak terus dia belok masuk kiri. Kami makan kat Garden standard coffee house kot. Sepakat membawa berkat, kami order package RM180++ (nasi 10 org + unlimited hot Chinese tea + 7 any dishies. 7 dishes ni kami pilih sendiri antaranya sotong kari, tomyam ayam, ayam gajus, beef blackpepper, kerapu sweet sour, mix vegetable dan cut fruits yg aku x tau ini free atau berbayar. Sorang bayar RM20... balance keep the change. Senang citer adil dan saksama. Makan kat sini memang sedap… berbaloi dgn harganya. Setiap menu yg sampai terus kami ambik sorang sikit makan takde nak tunggu semua menu sampai karang tak muat table pulak. Sedangkan buat macam ni pun dah kira sesak dah table bulat tu. Alhamdulillah kenyang. Biasanya elaun outstation akan dihabiskan masa outstation juga… takde maknanya nak simpan2 malah tak cukup lagi ada la… sebab elaunnya boleh diumpamakan seperti beli 2 tiket wayang pada hari rabu.

Dah kenyang semuanya kami tak balik terus tapi pergi pulak ke Wakaf Che Yeh tempatnya ala2 pasar mlm/uptown danau kota. Kat sini ada yg beli seluar jeans tak lain tak bukan jenama Levi’s Celup dan juga pelam muda. Aku cuma tengok2 je kot2 ada selipar croc kaler kuning tapi xde…. Jadi tak belilah apa2 pun kecuali air je. Selesai semua barulah kami semua pulang. Buyer2 pagi esok balik USJ manakala aku ngan partner bekerja lagi utk hari yang terakhirnya di sini buat kali ini. Kenapa pula buat kali ini? Sebabnya kemungkinan besar akan kembali lagi dalam tahun ni juga.

9 Oktober 2009, Jumaat;Kami diambil oleh driver KBF dalam pukul 9.30++ pagi. Masuk kerja dalam kul 10.00++pagi. Sambung buat kerja. Dalam 11 lebih kami pergi ke KBG pulak utk tengok hardware kat sana sampailah pukul 2.30ptg. Waktu rehat kat sini utk sesape saja selama sejam setengah dan semua premis yg >90% adalah islam kena tutup premis. Kedai makan jelah yang buka… sebab tak tahu kat sini macam mana suasananya maka kami pergi sembahyang dulu baru gi makan. Nasib baik perancangan betul, kalau tak bahanalah jawapnya. Kat masjid kami ambil 1 flyers, tajuk flyers tu ekutu. Wah!!! Main kutu pun dah ada e. aku tak tahu macamana ekutu ni dijalankan. Tapi agak menarik jugalah sebab kutu biasa telah diekutukan. On da way balik KBF kami singgah makan kat kedai nasi ayam. Nasi ayam sini lain sikit rasanya malah lagi sedap dari nasi ayam yang ada kat KL tu. Sosnya lain macam tak macam kat sini. Mungkin sosnya terhasil drp campuran lada, sos tiram, kicap dsb kot. Aku bukan Chef Wan atau Chef Ismail… aku cuma Chef Cua yg tak tau apa2 pasal resepi masak memasak ni. Habis makan baru balik KBF dan sambung kerja sambil bincang2 sembang2 dengan OE sana. OE tu cadangkan kami balik pukul 4ptg memandangkan bas kami pukul 7.30mlm. Apa yg menarik ditiket kami ialah walaupun bas yg sama malah duduk bersebelahan tapi tempat naik adalah berasingan iaitu aku di Kota Bharu manakala partnerku di Tesco. OE KBF pun rasa pelik dan setahu dia tiada bas ke KL pukul 7.30 mlm. Tapi tak mengapa… cukup masa nanti pergi je ke kaunter bas.

Lebih sikit pukul 4ptg, kami pulang ke Apartment Maharani dihantar oleh driver KBF. Pulang mandi2 siap2 berkemas lepas asar dalam pukul 6 lebih kami bertolak ke satu persatu tempat naik yg diberitahu tadi. Ternyata apa yg tercetak di tiket salah belaka. Sebenarnya kami berdua naik di Tesco dan bas akan bertolak pada pukul 9mlm. Jadi, nak buang masa punya pasal kami site visit Tesco dulu than makan kat food courtnya. Tak dapat dinafikan food court sinilah paling murah regenya nak dibandingkan dgn food court mana2 tempat lain di KL. Lagi 20 minit nak pukul 9 barulah kami berdua berjalan kaki menuju ke stesen bas baru. Tak jauh pun dari Tesco tu… berpeluh sikit je. Sebelum tu sempat lagi kami beli sesuatu untuk di bawa pulang. Sudah pasti apa yg dibeli tidak mudah didapati di area KL. Apa dia… ada kat rumah barang tu. Jemputlah jenguk jenguk.

9mlm bas bertolak dan kami turun di Hentian Putra bukannya Seksyen 17 Shah Alam, kali ni driver HQ yg ambil dan hantar kami ke Mydin USJ. Dari situ aku balik ke rumah dengan transport sendiri dan melelapkan mata. Sekian…

Thank 2 my frenz Esya dan Nik yang bawa kami gi makan sodap siap blanja lagi.

1 comment:

  1. x kan x de beli kopok langsung kot tuk aku mkn sengsorang huhuhuhuhuu

    ReplyDelete

comment form message