Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Sunday, September 13, 2009

Ooo, Ini Nama Aku Rupanya

Aku ingat lagi hari pertama aku masuk sekolah rendah. Aku siap2 pakai pakaian sekolah yg siap digosok oleh mak aku. Rambut pun disikatkan... siap belah tepi lagi. Semuanya baru... maklumlah 1st time 1st day nak gi sekolah. Hari tu abah aku hantar gi sekolah naik motor. Hari2 berikutnya aku akan naik bas tata. Driver tu seorang singh dan konduktor bas seorang minachi suka sakat aku. Dia kata org lain panggil dia kakak tapi aku panggil dia akak. Seba tu kami ngam kot. Kwn aku yang gi sekolah naik bas sama2 namanya A.G.

Hari pertama ada murid2 yg gembira dan ada yg sedih. Aku dok perhatikan je perangai budak2 ni. Sekali sekala aku jenguk abah aku yg berada di luar bilik darjah. Mak bapa org lain pun ada juga aku tengok.. xde le abh aku je. Tak lama kemudian seorang cikgu pun masuk. Tak lam kemuadian dia berkata.. "Bila cikgu panggil nama sila angkat tangan" Dengan tak semena-mena terus aku jadi gelabah time ni. Mana taknye... aku tak tau nama penuh aku apa. Tgk luar kelas tak nampak pulak abah aku. Time ni memang aku dah serba tak kena. Tiba2 cikgu tu sebut satu nama.. "Muhammad Nashoha Bin Musa". Terus aku terdengar suara abah aku.."Cua, angkat tangan." Aku terus angkat tangan sambil dalam hati ni berkata... "Ooo, ini nama aku rupanya."

Aku tak ingat samada aku pernah diberitahu akan nama penuhku sebelum bersekolah atau tidak. Yang pasti hari pertama darjah 1 lah aku ingat nama penuhku sampai sekarang.

3 comments:

  1. eemm..teringat zaman2 skolah tadika dulu..berus gigi tepi longkang..mkn reramai..tp masa tu aku dah tau sapa nama aku..eemmm..ko ada rambut erk masa dolu2..hehehe

    ReplyDelete
  2. dari dulu sampai skrg ada lagi. cuma kuantitinya je yg berbeza. hahaha.

    ReplyDelete
  3. haha...Cua..sian ko..umur 7 tahun baru tahu nama ko..ish ish... lawk laa..impan cite nih..nanti ade anak..bagitahu awal2 nama ank tuh..*sejarah jangan berulang lagi..hahah

    ReplyDelete

comment form message