Peristiwa berlaku pada bulan syaaban tahun2 yg lepas. Seminggu lagi nak final exam semester 4 kalau x silap. Aku berbelah bahagi nak balik kg atau tak seminggu sebelum exam tu. Seperti biasa aku akan call mak aku dekat2 nak exam. Bagitau dia yg aku dah nak ambik exam. So, dia akan doakan aku supaya dipermudahkan menjawap soalan dsb. Kali ni mak aku paksa aku balik kg juga.. mak tak cakap kenapa tapi suruh balik je. Tak pernah2 mak desak aku suruh balik kg… dia bukan seorg pemaksa. Walaupun aku tak tau kenapa tapi aku balik juga. Aku xnak menyesal kemudian hari. Mcm biasa kalau balik kg time cuti sabtu ahad jelah.
Kat kg aku nmpk abah aku mcm pelik sikit. Lebih byk termenung drp biasa. Selalu nampak dia duduk atas bangku plastic merah kat bwh pokok rambutan bucu dapur. Menungnya lain macam je. Ada sekali tu mak aku panggil aku ke tepi tingkap dekat suis lampu. Dia tunjuk akan abah aku yg sedang termenung jauh. Aku pandang mak aku pandang abah aku berulang kali... hati makin x sedap. Aku tau time ni masing2 memikirkan perkara yg sama tapi takkan nak dikeluarkan plak kan. Tersedik di hati aku rasa sedih dan inikah yg dikatakan tanda²nya. Akalku cuba menidakkan tapi hatiku tetap berkata ya. Satu lg tempat abah aku akan duk menung kat kolam belakang. Memancing ikan2 kecil berumpankan roti gardenia. Aku ada juga pergi melepak bersama beberapa minit, ajak2 berbual sikit.. ternyata memancing tu cuma satu perbuatan utk mengisi masa lapang sambil memikirkan sesuatu aje. Ahhhh… ini membuatkan hati aku semakin tidak dapat menidakkan yg sesuatu akan terjadi kelak.
Hari ahad hari aku balik semula ke KL… time tu lepas asar.. memang inilah time yg aku pilih biasanya. Aku jln kaki je menuju ke jln besar. Hati ni masa tu berat sgt nak tinggalkan kg padahal sbnrnya utk tinggalkan abah aku. Masa berjalan tu hati ni dah mula menangis tapi masa aku menulis ni mata aku yg menangis. Kesedihan semakin terasa.. hati sayu melayan kaki yg melangkah perlahan.. terik matahari diabaikan sama sekali. Dlm perjalanan tu.. berselisih dgn abah, jadi abah hantarkan aku ke bus stand. Inilah kali terakhir aku membonceng motor EX5nya rupanya. Masa nak menyeberang jalan tu… aku rasa serba salah… rasa mcm x nak balik KL and nak teman abah aku sampai akhir hayatnya. Hati aku begitu kuat berkata begitu ditambah pula ilmu agama yg telah diajar.. bknkah itu tanda2nya! Kalau bukan kerana final exam… mau aku cancel je balik KL.
Aku suka teman abah aku tgk tv dari jauh. Tv di tepi dinding hala ke dapur, kami tgk dari tepi tingkap dinding satu lg.. sarikata memang xnmpk punyalah. Di kerusi rotan yg sama kami akan duduk melegakan perut sambil menunggu subuh. Ini berlaku di bulan Ramadhan je lepas bersahur. Kini kerusi rotan sudah tiada lagi. Tv tu pun dah rosak. Yg tinggal hanyalah kenangan. Aku kini bersandar sendirian tanpa ada teman disebelah lagi.
coretan mu membuat ku sayu dan takut utk menghadapinya
ReplyDeleteSedih la Cua...
ReplyDeleteAl Fatihah utk Arwah Ayah mertuaku...
anonymous: kita perlu bersedia utk menghadapinya.
ReplyDeleteacu: aku dah tntulah sedih. ini baru tanda2nya.
nanti aku samb lg...
wahai incik chua, beta baru nak fefeling sedih tapi macam tergantung je ceritanya..
ReplyDeleteerr.. rasa macam pernah dengar cerita nih masa pukul 2 pagi (or 1 pagi) kat taman depan klcc dulu kan? ingat tak kenangan sebelum balik raya dulu? tapi version tak habis jugak.
sambung la cepat.. dah nak raya tahun keberapa dah ni :)
Ini baru tanda awal. pemergiannya belum tulis lagi. sabaq nooo.
ReplyDelete