Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Saturday, July 11, 2009

1st Time Makan Ikan Darat

Dek kerana Post Lamb Chop @ BCC… aku mendapat idea utk menulis lagi. Aku diperkenalkan dgn istilah ikan darat bg ikan2 yg tidak tinggal di air masin. Bermaksud ikan sg, kolam, tasik, paya adalah ikan darat.

Ada satu petang tu lepas waktu asar aku folo abah aku gi kenduri doa selamat. Umur aku di bawah 12 thn ketika tu. Jalan kaki je ke rumah Cik Tom (Cik Tom pangkat opah sebenarnya) tu sbb tak jauh mana setakat selang 2 buah rumah je. Masa makan tu… abah aku suruhlah aku makan ada sekor ikan tu. Aku pun ambiklah sambil tanya. “Ikan apa tu Bah?”. “Ikan Haruan” jawap abah aku. Masa ni aku cuma kenal ikan pari, sepat dan sardin tin je. Masa makan tu aku rasa rasa ikan ni lain sikit tak macam biasa tapi masih boleh ditelan lg. Jadi aku tanya lagi kat abah aku, “Knp ikan ni rasa lain Bah?” Dijawapnya “itu ikan darat”. “Ikan darat!!!... hati aku rasa pelik dan tertanya2 apa tu ‘ikan darat’ tapi aku diamkan saja dan terus makan.

Balik rumah, aku pergi jumpa mak aku kat dapur masa tu tgh membasuh pinggang cawan kot. “Mak! Tadi kat rumah Cik Tom Cua makan ikan tu tapi rasanya lain”, aku bertanya. Disoalnya balik “makan ikan apa tadi?” Aku pulak jawap,”ntah, ikan haruan kot abah cakap td.” Barulah dijawapnya soalan 1st aku tadi, “Tu ikan darat. Cua makan ye. Ikut abah le tu blh mkn ikan darat… kalau ikut mak.. tak makan.” Aku bertanya lagi,”Kenapa mak tak makan?” Dia jawap lagi, tapi aku tak ingat akan jawapannya… rasanya sama kot ngan jawaapan2 insan yg tak makan ikan darat ni.

Aku teringat yg abah aku x pernah beli ikan darat utk dibuat lauk semuanya ikan laut je. Mak aku ada cakap yg dia ada suruh abah aku beli kalau nak makan dan bolehlah dimasaknya tapi abah aku yg x beli. Mak juga ada pesan kat aku yang “kalau nak makan ikan darat bagitau… blh beli.. masak.” Aku cuma jawap “aaaa”. Dalam hati ni rasa kesian pulak kat mak aku, dah le dia masakkan penat2 semata2 utk kita pastu dia sendiri tak makan. Atas sebab ni sampai skrg aku x pernah minta mak aku masakkan lauk ikan darat dan rasanya abah aku dulu pun x pernah minta juga.

Rindu kat abah aku. Al-Fatihah.

4 comments:

comment form message