Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Friday, April 3, 2009

Bowling @ Flamingo 030409

Reallocate From Friendster;
Posted on April 3rd, 2009 in Uncategorized by cicada2nd

Tak sangka mlm tadi sikit punya ramai org gi main bowling kat sini. Sampaikan kami yang 8 org ni diberikan 1 lane je utk main. Sorang main 1 game pada awalnya. Tak pernah pernah aku main main 1 game je… biasanya 3 game. Semangat nak berjuang terus lemah memandangkan masa menunggu utk membaling agak lama kekadang terlalu lama. Nasib baiklah kebanyakannya balingan ’strike’ malah turkey pun ada yg dapat. Spare tu biasa… pin terpacak sambil memandang bola masuk longkang pun ada juga. So cepat sikitlah habis.

Tapi malangnya ada pulak malaun yg menambah 1 lagi game… arghhh!!!! sengal aku dibuatnya. Dah le bola 12pound lubang jari x best… aku jadi tak tentu arah… kejap pakai bola 11 kejap pakai bola 12… Bermain tanpa feel cuma membaling mengikut giliran je di selang selikan dgn menu sampingan maggie, keropok, air and corn cup ditambah pula menyembang bab bab gunung dgn Abg Rashid. Aktiviti mlm ni dari kalangan warga Karatz Outdoor. Yang bermain aku sendiri, Atok, Hashim & Bib, Abey, Tie, Fazi, KAishah (Abg Rashid @ game). Pom pom girl yang hanya mampu duduk saja bini Fazi. Org dah berbadan dua 7 bln lebih… duduk je le. Balik rumah singgah Q Bistro jap, supper than baru balik rumah tido.

Note: Terjumpa Wak, Hanif & Remy. Budak2 MLM. Derang main bowling gak.

No comments:

Post a Comment

comment form message