Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Friday, January 30, 2009

Bezday Card 08


Reallocate From Friendster;
Posted on January 30th, 2009 in Uncategorized by cicada2nd

Seronoknya aku dapat bezday kad yg ni. Kadnya lawa malah hand made pulak tu. Customize yg dibuat sungguh2 bukannya cincai2. Cuma ada 1 part je yg kurang berhati2 iaitu ada kesan gam kat salah satu kertas yg ditampalnya. Tapi xper… anggap je tu tampalan pertama. Biasanya memang akan ada kesilapan pun for the 1st time kan.
Habis dr segala sudut aku tgk.. luar dalam kad dan juga sampul pinknya. Apa yg aku cari cumalah nama si pemberi namun apakan daya x ada sebarang nama mahupun signature ditinggalkan. Nak je aku buat ujian cap jari mcm cerita CSI tapi mana ada alat2nya. Geram sebab masih tak tahu siapa si pemberinya jadi aku pun mulakan investigation. Jadi Inspektor Gadjet kejap.

Fasa pertama perhatikan sampul suratnya berwarna pink, cuma ada sorang je giler pink tp x mungkin dia. Cop POS Malaysia Bukit Raja 26-01-2008, sapelah pulak yg gunakan POS Bukit Raja ni… dah pulak tu lewat 2 hari hantarnya. Mcm lmbt tau bezday aku je. Nak kaji tulisan alamat pun x blh, dia print out pulak. Lagi membengongkan aku apabila dia taipkan nama aku MOHD NASHOHA, ejaan MOHD tu salah sepatutnya MUHAMMAD. Giler x giler, selepas 2 minggu, aku sent msg ke kwn2 aku than tanya “apa nama penuh aku?”. Ada sorang je yg reply dgn MOHD NASHOHA tapi kompem bukan dia punya. Alamat pulak xde ditaipnya BDR SRI PERMAISURI tapi ada JLN TASIK PERMAISURI 3. Manalah dia dpt alamat aku macam ni. Kompius aku kompius!!!

Fasa kedua beralih pulak kepada kad yg kreatif berbackground hitam bertampal2 dgn altitude longitude yg menarik tu lglh xde klu. Apa yg aku tahu seseorg tu blh jadi kreatif atas sbb2 ‘tertentu’. Siapalah dia ni kata hati aku. Aku xde idea nak meneka-neka ni. Nak main teka je kang dikata aku nak hadiah pulak tapi saja bagitau secara kiasan. Nak main terjah je pulak.. aku bukannya Nas Ahmad.. aku Nashoha. So, aku simpan jelah kad tu sehinggalah pada suatu hari…

Dibulan Jan 2009 beberapa hari sebelum bezday aku yg ke 28. Aku minta kawan aku scankan kad bezday ni kat opis dia. Malamnya sampai je kat rumah lepas balik kerja, aku pegang hp nokia aku. Pergi ke Create message, Lebih kurang begini message aku.. “xde kad lawa tuk aku lg ke tahun ni?”. Aku memancing tabiat manusia. 1st reply yg aku terima dr ’seorg’ ni membuatkan aku sangat girang. Dgn replynya lbh kurang “.. thn ni xde kad lawo utk ko. …” membuatkan aku kompem sgt2 bahawasanya dialah yg bersusah payah decoratekan than poskan utk aku.
Apa2pun… tq very much my frenz. Walaupun ko sendiri yg mengkantoikan diri sendiri.
Itu membuatkan aku bertambah gembira.

1 comment:

  1. tak kira..nak komen jugak wpon dah lama... setahun yek ambik masa nak tahu sape yg bg kad lawo tu... tak boleh jd polis gini.. =)- acot-

    ReplyDelete

comment form message