
Reallocate From Friendster;
Posted on January 25th, 2009 in Uncategorized by cicada2nd
Dkt2 nak ke tengahari barulah aku gi KL Sentral nak beli tiket ketapi ke Bt Gajah Perak. Dengar cite hari ni 24hb bermulanya tren shuttle KL – Ipoh – KL (sabtu n Ahad). Sebelum ni isnin – jumaat je ada. Kalau ada tiket aku balik kg kalau xde tiket aku akan stay kt sini je. 4 hr pun 4 harilah… pandai2lah buat apa2 yg patut. Kalau 4 hari awal bulan xper lagi ni hujung bulan. Lain maknanya awal n hujung ni.
Gi KL Sentral minta tlg Zaha hantarkan. Perjlnan KL ke Bt Gajah x lama dlm 160min je. Tiket economy class RM10 je tp aku kena beli yg superior class RM17 sbb itu je yg ada. Siap ambik pergi balik lagi. Pergi RM17 + balik RM12 = RM29. Saja nak test kalau best and senang blhlah balik bila2 je nanti. FYI, dalam sehari ada 5 kali trip pergi balik.
Kat dlm ketapi aku duk sorg2. Seat sblh aku kosong. Belaan Tok Dalik pun xde mengganggu. Dah lama x naik ketapi time siang… aku asyik tgk luar je. Sblum ni ketapi gerak mlm je mana ada siang camner nak tgk pemandangan. Lagi best kalau ada sampai butterworth. Tentu lagi byk pemandangan lawa blh aku tgk. Tambah2 kat area taiping yg ketapi lalu kat tgh2 tasik. Perghhhh!!!. Seperti biasa mesti ada org tolak troli jual mknan. Memang time aku dah lapar lak tu… bagus sangat le. Aku beli sandwich tuna RM3. Mahal ke tak aku beli je dah itu je yg ada. Sampai stesen ketapi Bt Gajah, xde teksi yg sedia menunggu. Aku dah agak dah part ni. Jadi aku pun berjln kaki ke hentian teksi. Jauh jugalah jln mcm Sogo ke Masjid India jauhnya. W/pun mlm aku tetap berpeluh. Beg hiking yg aku galas berat juga, bkn berat dgn brg camping tapi ada laptop opis kat dlmnya. Nak x nak aku kena bawa balik sbb dah turn aku standby onphone mgu ni. Sampai kat hentian teksi ada sebijik je teksi yg ada, yg lain2 semua dah calos. Teksi dr pekan ke kg aku RM6 je. X pakai meter. Kg mana ada pakai meter maaa.
Sampai rumah, mkn bubur jagung yg kebetulan mak aku ada buat… minum teh sambil sembang2 mata tgk tv then tido. Mata tgk tv telinga dgr mak aku membebel pasal knp la pelakon tu x buat mcm ni x buat mcm tu. Aku diam jelah… dah pengarah nak mcm tu kan.
Lebih kurang: KL Sentral 1750, Stesen Ketapi Bt Gajah 2040, Hentian Teksi 2100, Kg 2115
Cua..cua.. mcm2 je citer u ni kan... Sabor jelah dgr mak u membebel.. sementara masih leh dgr tu... Belaan TOk Dalik tu apa...? mcm takuut jee.... - Acot-
ReplyDelete