Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, March 19, 2014

Sarcastic



Rabu :: 19032014

Sedang aku menikmati makanan di Little Penang KLCC dengan seorang kawan, dia mendapat satu panggilan telefon. Dilayannya dengan penuh santun panggilan itu. Aku mula memerhatikannya ekoran tutur katanya itu. Cakapnya berlapik… nadanya yang lembut… tapi memberi makna mendalam kepada pemanggil itu… cukup sarcastic. Cukup kemelayuan. Aku tak ingat kata kata Nordin Ahmad dalam satu filem melayu lama… “melayu itu……” alangkah bagusnya kalau aku ingat.

Salah satu ayat yang aku ingat dan membuatkan aku rasa sangat tertawa ialah “Apa guna makan seorang sedangkan boleh makan berdua”. Sangat mendalam sampaikan aku tahu apa soalan yang ditanya dan apa yang difikirkan oleh pemanggil itu. Perbualan yang pendek tapi cukup ‘bermakna’ dan nasiblah kaulah si pemanggil…


Jangan kena kat aku sudah… jauhkanlah.



No comments:

Post a Comment

comment form message