Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Thursday, March 13, 2014

Rezeki Dikongsi Bersama



Khamis :: 13032014

Semalam aku teringat kata kata mak aku suatu masa dulu... katanya padaku, “Duit kita bukan semuanya duit kita”.

Aku teringat kata kata mak aku ni masa tengok ceramah Ustaz Don di Youtube semalam. Link Youtube Majlis Tazkirah Ustaz Don - Wakaf Minit ke 45. 


“Dan daripada apa apa rezeki yang Kami bagi kepada kamu… kamu kena bawa keluar”… Ustaz Don translatekan bagi mudah paham.

Rezeki yang kita dapat ni bukanlah rezeki kita punya 100%. Rezeki yang dapat kenalah dikongsi dengan orang lain sebab bukan semuanya kita punya. Sedekah… memberi… belanja itulah antara cara yang kita boleh kongsi. Aku suka kalau aku mampu kongsi rezeki aku dengan orang lain. Bila aku rasa rezeki yang ada macam tak cukup… adalah tu yang tak kena.

Aku ingat lagi masa masih serumah dengan kawan aku Mr Fli… waktu dinner je kami gi makan sama… tak jauh pun tapi tetap kena naik motor la. Tiap tiap malam kami makan berlauk… ada nasi ada lauk ada sayur dan mesti ada menu berkuahlah.. kalau tak.. kering pulak nasi.. jenuh nak telan. Tak sampai pun RM20 ringgit sekali makan… tidak berjanji tidak meletakkan syarat tapi pandai pandai sendiri selang seli belanja makan. Katakan malam ni aku belanja… malam esok dia belanja. Katakan lunch aku belanja… dinner dia belanja. Tak jauh beza pun wang yang keluar dari poket masing masing. Masa buat macam ni aku dapat rasa duit cukup je walaupun gaji tak seberapa. Inilah salah satu cara kami kongsi rezeki.

Pesanan baru dari mak aku … belanja sekali semua yang ada tak kira kenal atau tidak. Tengok keadaan dan tempat la nak buat macam ni. Belanja macam ni aku tak pernah cuba lagi. Yang aku rajin sekarang belanja balance dan belanja air. Aku bagitahu ni pun sekadar berkongsi cara untuk belanja orang dan tak terasa sangat nilai duit yang keluar tu juga keikhlasan tu lebih mudah hadir dengan cara begini.

Nampak macam rugi tapi sebenarnya tidak. 



2 comments:

  1. Bak kate mak aku rezeki tu tuhan bagi..jgn wisau, musti ade punyer...dan aku penah praktik kan benda ni, dan mmg cukup pun wlaupun rasa tak cukup...

    ReplyDelete
  2. nak praktis kt zue tak ... hehehe

    ReplyDelete

comment form message