Rabu :: 12032014
Seumur hidup aku.. ini yang pertama…. Ops ini lagu zaman
sekolah menengah.
Solat hajat peristiwa kehilangan pesawat MAS MH370 di masjid
KLCC ptg semalam adalah solat hajat pertamaku. Tidak pernah selama ini aku
melakukannya. Lebih kurang pada waktu asar aku sempat menggoogle niat, bacaan
dan cara solat hajat. Sempatlah menghafal apa yang patut.
Di masjid, Imam menerangkan cara solat hajat yang akan
dilakukan. Dia mengajak makmum ikut cara satu cara yang sama sebab solat hajat
ni ada perbagai cara. Cara semalam...
Mulakan dengan niat
Sembahyang sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama, bacaan selepas
Al-Fatihah ialah Surah Kursi 1x. Pada rakaat ke dua pula, bacaan selepas
Al-Fatihah ialah Surah Al-Ikhlas 7x. Pada sujud terakhir pula bacalah doa
dan mintalah hajat. Fokus solat hajat kali ni adalah berkaitan
pesawat yang hilang MH370.
Dah habis sembahyang tu... Imam sambung lagi doa... Sayu je hati mendengar doa lepas sembahyang ditambah lagi dengan doa dalam bahasa melayu yang sangat difahami maksudnya. Dengan nada merayu merintih merendah diri penuh keinsafan... sampai sebak dibuatnya. Kawan aku yang tengok live kat astro pun siap menangis. Sementara menunggu isyak... tazkirah ringkas diberikan.
Imam Masjid KLCC sedang memberikan tazkirah ringkas |
Pagi tadi selepas subuh aku solat hajat lagi. Moga dimakbulkan permintaanku ini.
amin... - mf
ReplyDeleteaminn..semoga dipermudahkan segala urusan..
ReplyDeleteAmin
ReplyDeleteaminn...semoga misi pencarian berhasil - sya
ReplyDelete