Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Tuesday, March 11, 2014

Melawat Kawasan


Selada :: 11032014

Sempat lagi petang tadi sebelum pergi ke masjid klcc untuk bersama sama solat hajat mh370... Aku melawat kawasan sekitar. Sudah sebulan aku bekerja di sekitar sini baru hari ini aku terfikir untuk berjalan melalui trek jogging taman klcc. Lebih kurang 1.3km je treknya jadi memerlukan 4 pusingan untuk 5km.

Selain ramai orang melepak dan jogging... Sedang aku mengukur trek... Mataku terarah kepada 1 kumpulan baju merah sedang bersenam. Aku nampak kumpulan berbaju kelabu pula dan satu kumpulan lagi aku tak ingat apa kaler baju yang dipakai mereka. 3 kumpulan ini mungkin dari bootcamp.

Aku mula terfikir akan bootcamp... Jogging... Fitness first. Ketiga tiga ni boleh aku buat selepas waktu kerja. Tapi yang mana satu akan aku pilih atau satu pun takkan aku pilih. Takkan aku fikir masak masak perkara ini dalam tempoh terdekat.

1 comment:

  1. Di sini la tempat yg kite slalu lepak dulu... yg jadi ingatan smp skrg..time ajak gi solat...kantoiiii.. :-)

    ReplyDelete

comment form message