[Aku terdelete entry
ini…nasib baik ada screenshot dari si C… ini jelah yang mampu direpost]
…yang dipupuk dalam semangat diri.
Tidak disangka semalam aku berjaya menamatkan larian dalam masa
3 jam je. Aku rasa aku lari laju sikit daripada masa training dan cuba untuk
tidak berjalan perlahan. Sorang sorang memang takkan lari sejauh ini tapi
disebabkan ramai maka taklah terasa sangat. Aku juga mark yang aku mesti berada
di tengah antara si Q dan si C supaya aku tidak ketinggalan jauh di belakang.
Si Q yang memakai buff dan vest oren memudahkan aku mengecam dia. Sesekali aku
toleh juga kebelakang untuk melihat si C kot kot dia ada hati nak potong aku.
Aku juga mengira langkah 123 1.. 123 2.. 123 3 sampailah 123 10 dan diulang
ulang bagi mengsaiko diri sendiri. Kaki aku yang sakit kembali sakit pada km ke
9. Sesekali reda dan sakit semula. Di water station terakhir aku sapu flanil
kerana kebetulan ada medic di situ. Bolehlah tahan sikit untuk berlari sampai
ke garisan penamat. Aku juga ada nampak si Q spray kakinya.
Sampai di garisan penamat mood aku terus berubah. Aku tidak
segembira mana menamatkan larian. Ikutkan saja kawan kawan apa yang mereka nak
buat. Ambil finisher medal dan shirt… ambil air milo dan tembikai… bergambar
sekadarnya. Selesai aktiviti di sini… masa untuk sarapan pagi pula di BTR
kemudian ke kedai Uncle dan kemudiannya lagi makan tengahari di BSP.
At the finisher line |
With Gogo team member + friend |
No comments:
Post a Comment
comment form message