Selasa :: 11032014
Aku kehilangan… kehilangan kepercayaan buat kali pertamanya.
Kenapa hilang kepercayaan juga masuk dalam aku punya 1st time?
Hilang kepercayaanlah yang aku paling takut sejak kecil lagi. Kepercayaanlah
yang aku jaga dari dulu sampai sekarang. Tapi apa sudah terjadi? Kepercayaan
telah hilang begitu sahaja.
Sekali kepercayaan telah hilang bukan mudah nak
dapat balik. Itu realitinya. Aku kena terima hakikat ini sambil berdoa agar
kepercayaan itu dapat ku miliki kembali. Aku tidak mahu hilang kepercayaan ini.
Atas satu sebab yang aku tidak pasti adakah itu penyebab
utamanya atau ada anasir luar yang mengganggu gugat. Sungguh banyak persoalan
timbul sekarang ini. Janganlah berburuk sangka wahai hati… tolonglah akal
fikirkan yang baik sahaja.
No comments:
Post a Comment
comment form message