Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Tuesday, March 11, 2014

Aku Tak Dapat Tidur Nyenyak

Aku tak dapat tidur nyenyak sekarang. Aku terjaga dan terus segar. Walaupun doa tidur sudah dibaca namun aku seolah olah mencari sesuatu yang hilang. Sesuatu yang bakal hilang selamanya. Sungguhnya tidak pasti apa yang bakal berlaku tapi aku perlu bersedia menghadapinya. Sanggup atau tidak sanggup cekallah... tabahlah. Janganlah hilang hendaknya.

Tolonglah hati berasa tenang... Tolonglah mata beratkan kelopakmu... Tolonglah bantal damaikan jiwaku...

Dalam keadaan begini... Ditambah pula tiba tiba lapar lagilah membuatkanku tidak mampu berfikir... Hanya mampu menulis apa yang terdetik di fikiran sahaja.

Saat inilah syaitan suka... Ketika hati umat nabi muhammad ini lemah. Dikacaunya lagi dengan bunyi pintu ditiup angin... Ikan melompat dalam aquarium... Apa lagi nak dikacaunya.

Tiba tiba aku rasa kuat kembali tapi mampukah aku sambung tidur semula selepas ini?

Berfikirlah berdoalah ini cuma dugaan semata... Jika ianya benar... Aku terima seadanya. Redha itu mendamaikan.

Aku mahu tidur semula... bangun dengan senyuman dan berita gembira.

11032014 0345

1 comment:

  1. InsyaAllah.. semoga berita buat mu sahabat - mf

    ReplyDelete

comment form message